27 September 2010

Bonus 2 bulan gaji???

Wow......bestnya kalau dapat kan??? sejak masuk dalam perkhidmatan awam ni, aku tak penah lagi dapat merasa bonus....setakat duit raya dan duit ihsan tu ada la....mcm thn lepas dapat duit raya, tapi dibayar 2x.....dah la tu kena potong lak tu sebab tak cukup setahun berkhidmat....tahun ni dapat la penuh....tapi harap2 bonus 2 bulan gaji tu menjadi kenyataan.....amin.....

CUEPACS yakin kerajaan beri bonus

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin kerajaan akan mempertimbangkan permintaan rakyat untuk mendapatkan bonus pada input belanjawan 2011 nanti.

Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya berharap kerajaan akan terus membantu dan mempertimbangkan permintaan tersebut untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat.
Beliau turut memberitahu, pihaknya sudah membuat permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa bulan lalu memohon bonus dua bulan gaji untuk kakitangan awam dan pesara tahun ini.

"Dengan keadaan ekonomi yang menunjukkan peningkatan sekarang ini, kerajaan seharusnya mempertimbangkan permintaan tersebut dan jika tidak boleh diberikan bonus dua bulan gaji, CUEPACS berharap kerajaan mempertimbangkan pemberian sekurang-kurangnya sebulan gaji.
"Kakitangan awam merupakan tunjang kepada pembangunan negara, dengan itu saya harap tiada pihak yang mempertikaikan dan menafikan tuntutan pemberian bonus kepada penjawat awam," katanya ketika dihubungi di sini semalami.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keyakinan CUEPACS mengenai saranan pembaca blog 1Malaysia Perdana Menteri untuk input Belanjawan 2011 yang meminta bonus kepada kakitangan kerajaan, pengurangan faedah kad kredit dan pinjaman perumahan kerajaan serta pelepasan cukai.

Menurut Omar, permintaan tersebut mampu menyuntik semangat untuk berkhidmat dengan lebih baik dan bermutu selain meringankan beban tanggungan 1.2 juta kakitangan awam.
Selain itu katanya, sudah tiba masanya kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan awam kerana sudah dua tahun mereka tidak menerima bonus kecuali pemberian saguhati.

"Pemberian saguhati sebelum hari raya baru-baru ini pula bukan diterima semua penjawat awam seperti pegawai-pegawai atasan.
"CUEPACS yakin kerajaan tidak akan membiarkan kakitangan awam terutama yang berpendapatan rendah berasa terbeban pada tahun ini," katanya.

4 org syg adam:

lady-D said...

perghhhh..kalo dapat maw aku melumpat-lumpat kegirangan weh..
Aminnnn..

noorafzan.blogspot.com said...

ok la tuh dapat keje gomen.
saya minta-mintapun.
alih2 jadi calon simpanan je.huhu~

aanie said...

dila: aku bkn setakat melompat2....siap guling2 lagi.....syok wooo....

noor afzan:kena selalu meminta2....hehe....sy dulu pun susah gak nak masuk gomen....ada je kosong, terus apply...alhamdulillah, lekat gak...

MyeAqma said...

amin!
mintak2 betul...
nak repair kete!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...