05 November 2010

Cara Tingkatkan Pengeluaran Susu

Sekarang Adam dah masuk 8 bulan....mama still lagi breastfeed adam walaupun bukan secara eksklusif (campur dgn formula milk)....Disebabkan sekarang pengeluaran susu mama dah makin berkurang (sebab dah jarang pam kat ofis), so mama share skit la info yg mama dapat ni....

  1. Letak bayi berada dekat dgn payudara.
  2. Jangan bagi puting kosong. Ini boleh menyebabkan bayi keliru puting dan mengurangkan kekerapan menyusu.
  3. Galakkan bayi menyusu sekerap mungkin. Jangan sesekali hadkan kekerapan penyusuan bayi. Lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak susu dihasilkan. Ingat, supply on demand.
  4. Susukan bayi dengan kedua-dua belah payudara supaya penghasilan susu setara dan sama-sama stabil.
  5. Jangan beranggapan anda terpaksa menyusukan anak atau mempunyai sikap tidak sabar menunggu bayi menghabiskan sesi penyusuan.
  6. Ambil supplement yg boleh menambahkan susu seperti alfalfa, fenugreek etc.
  7. Makan makanan yg boleh menambahkan susu.
  8. Sentiasa bertenang ketika menyusukan bayi bagi melancarkan aliran susu. Jangan tension-tension.

Sumber: Pa&Ma..diolah dan ditambah maklumat oleh mama adam....

0 org syg adam:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...