31 August 2010

Senyuman Manis Si Comel Giveaway

Jom join contest ni lak....



Contest ni adalah sempena Hari Ulangtahun Kelahiran permata hati penganjur contest iaitu Nik Irfan Zarith yang ke dua pada 20hb Ogos ini... 

Syarat2 contest ni boleh baca kat SINI..... 

Ni gambar si comel saya dengan senyuman yg paling manis......

Nama: Adam Hakeem
Umur: 6 bulan
Status: Anak Sendiri
Nama Pengirim: Aanie @ Mama Adam

Gambar ni diambil time kitorang nak kuar g shopping raya....kiranya hot from oven lg la ni.....tengok macam adam happy je, terus mama snap gmbr.....bukan senang adam nak senyum dlm gmbr....time dia main2....gelak2....nak la amik gmbr.....tapi bila nak amik gmbr je, terus dia diam....geram gak....hehe....ni antara gmbr yg sempat diambil time dia senyum la....

Nak tau hadiahnya?? Pemenang-pemenang berhak memilih apa saja hadiah yang mereka ingini (Dah tentu yang dijual di dalam blog penganjur yer!!) termasuk la jika mereka inginkan 1pack busha lengging yg mengandungi 18pcs lengging......menarik kan?????

30 August 2010

Parenthood Expo 2010 @ Mid Valley - Bhgn 1

 Dah seminggu perap entri ni....sebabnya xde gmbr...ingat nak tepek gmbr, tapi malas nak transfer....kabel pun xtau letak mane.....hmmm...layan je la cite yg dah hampir basi ni....


Yeay!!!!Akhirnya dapat gak kuar jalan2....sebenarnya dah lama aku x g jln2 a.k.a shopping.....dlm sebulan gak la....1st week, aku baru lepas operation.....2nd week lak adam demam.....3rd week aku lak yg demam....minggu lepas puasa lak (konon alasan xleh kuar sebab puasa)....semuanya time weekend....huhu....

Semalam kami tiga beranak g Mid Valley.....ada Parenthood Expo....nasib baik ada alasan yg kukuh gak la utk keluar (walaupun dah kering sb hujung bulan, blm gaji lg...uwaaa).....seronok sangat sebab 1st time g expo ni....masa diorg buat bulan 5 aritu tak dapat g sebab tengah pantang lg....ni kena time bln pose pun bantai je lah....

Kitorang  keluar lepas asar sebab bajet nak bukak puasa kat sana.....tapi punya la seronok duk dalam tu sampai terlupa nak g berbuka....dah pukul 7 baru nak terhegeh2 g cari kedai nak makan....ha, hambik ko....semua meja full....dari food court tgkt atas tu sampai la ke kedai2 makan kat tgkt bawah tu.....

Sampaikan dah nak dekat bukak puasa baru aku terjumpa ada meja kosong.....nikmatnya dapat duduk setelah lama mencari....tapi masalahnya aku pelik gak nape waiter tu x dtg bawak menu....xnampak ke aku baru duduk ni? Ku pandang kiri, ku pandang kanan baru aku terperasan rupanya aku duduk kat kedai nyonya kopitiam yg semuanya org cina yg dtg makan...x pasti halal ke x...actually aku nak makan kat kedai sebelah tapi sebab meja dia letak sebelah2 je, tu yg aku terus duduk je.....terus terbangun dgn sepantas kilat....silap kedai daa.....huhu....

Pastu kitorang g la jalan2 lagi usha meja.....tapi, peluang nak dapat meja kosong time2 dah nak berbuka tu amatlah tipis....even kalau jumpa meja kosong kat kedai yg kita x penah makan pun rasanya kita akan masuk gak....hmmm....last2, sampai berbuka kitorang x dapat tempat makan.....terpaksa la berbuka dgn air je dulu....sampai semua org dah habis makan...huhu..sedih....

To be continue.....

P/S:  Gambar2 akan ditepek di lain entri la......

26 August 2010

Alhamdulillah....Dapat Duit Raya....

Alhamdulillah.....Yeay.....
Akhirnya doa aku dan semua kakitangan kerajaan termakbul jgk.....
Semalam kerajaan dah umumkan nak bagi duit raya sebanyak RM500 kat semua kakitangan kerajaan dan pesara.....
Walaupun x banyak mana..x seperti yg diharapkan (bonus 1 bulan @ 2 bulan gaji....auwww)....tapi cukup bermakna utk org macam aku yg sengkek ni....
Mana taknya dgn duit RM500 tu la aku nak beli baju raya utk aku dan anak-anak aku.....
Nak bagi duit raya kat adik2 n anak buah...nasib baik anak buah 2 org jerk.....hehe...oppsss, belah hubby aku belum kira lagi....xyah la kot....hehe...keji...
Biskut raya yg dah tempah belum bayar lagi....aku ni tau tempah je....dapat bayar ke x dapat, xnak fikir....huhu....
Dan yg paling buat aku pening kepala tahap gaban ialah kete....tayar kete aku yg terchenta tu dah botak...ye la, dah 5 tahun pakai kot....
Aritu cina tu cakap harga dia RM250 utk 1 biji tayar.....dah la kena tukar semua....maunya RM 1k siot.....mana nak cekau tu....
Tapi aku kena gak tukar sebab raya ni nak balik kampung......banyak belanja tu.....
Bila dikira2 balik oleh akauntan yg bertauliah aku, mana cukup beb.....huhu....nampaknya hubby yg terchenta kena top up la...mintak2 la dia dpt bonus....amin....


P/S: Tak sabar nak tunggu cuti esok.....sebab nak serbu Sogo n Jln TAR!!!! Kuala Lumpur.....Tungggu......

25 August 2010

GA datang lagi....


Cantik kan apron ni?
Sapa nak angkat tangan tinggi2.....kekeke.....
Ada 10 apron set ( yellow ) untuk dimenangi....

Contest ni anjuran Kelly's Life.....

Tarikh tutup contest ni pada hari ni.....25 Ogos 2010......sempat lagi kot....heheh....

Syarat2 nya mudah sahaja : -
 Buat N3 mengenai GA ni kat blog masing2
Link kan blog Kelly's Life
Letak komen kat N3 ni
Mestilah follower kat blog Kelly's Life
Terbuka kepada semua follower Kelly's Life kat Malaysia je 


Saya nak hadiah ni sebab:
  1. Sebagai pendorong saya utk rajin masak.....sebab sy ni malas masak.....sian suami sy....tp bulan pose ni sy amat rajin ke dapur....hehe..
  2. Apron sy yg skrg ni dah koyak.....ye la, beli yg murah je....yg plastik....huhu....

    Harap2 dapat la apron ni.....boleh la sy tunjuk rajin skit depan suami...hehe....

    Contest Senyuman @ Happy Birthday Farisyah

    Rasa nak join contest ni gak la......jom join....


    Contest ni dianjurkan oleh blog One Happy Family milik Jue-Anna FauziE sempena birthday Farisyah yang ke 4......

    Antara syarat2 contest ni:

    1. Ada blog sendiri
    2. Contest ini terbuka kepada anak yang berumur 1hari hingga 6tahun.
    3. Letakkan SATU gambar yang menawarkan senyuman paling cun.
    4.ConTest Berakhir Pada 08.09.2010 jam 5.32 petang


    Ni gambar yg dipertaruhkan utk contest ni......
    harap2 dapat memikat hati juri....

    Nama: Adam Hakeem
    Umur: 5 bulan
     Comey tak? Kalau menang tu maknanya comey la tu...hehe....

    Sape2 yg nak join contest ni sila klik SINI......
     

    24 August 2010

    Pon...pon....posmen datang......



    Haaah nampak parcel kat atas tu? tu maknanya angin bershopping online datang lagi......tapi biasa la, yang jadi mangsa rembatan aku ialah barang2 baby la.....
    Barang2 ni aku beli kat satu kedai online ni....xperlu la bagitau kedai mana.....nanti org kata tutup periuk nasi org lak...tp yg pasti lepas ni aku xnak dah beli dgn dia...sebabnya servis sangat slow.....nak balas sms pun lambat.....macam xnak meniaga jerr.... lagi satu dlm dia punya T&C cakap kalau buat bayaran sebelum pukul 1ptg, barang akan dipos pada hari yg sama....tapi hampeh......

    Ari tu aku bayar ari rabu sebelum kul 1.....so aku bajet dia pos ari yg sama la....so, kebiasaannya esok barang dah blh sampai....
    Sekali aku cek brg blm sampai lg....so, aku sms la dia tanya brg dah pos ke belum....boleh lak dia cakap esok baru nak pos....esoknya kan Jumaat....maknanya aku hanya blh dpt brg aku minggu depan la.....siyut je.....huhu....

    Ok la....tutup citer tu...

    Ni barang yg mama beli utk adam......

    Rompers Baby Gap.....kena tunggu adam besar skit baru blh pakai sb beli yg terlebih saiz daa....

    Socks.....pun besar gaks......huhuhu.....


    Legging....haah hambek ko beli sampai 4 lai.....hehe.....suka tgk adam pakai sebab nampak cute je macam mama dia...hehe.. 

    Saje letak gambar baby yg hepi sb dpt byk baju...opppsss seluar......kekeke...

    22 August 2010

    Susu ibu tidak akan kering

    Credit to Kosmo : Oleh NURUL IZZA ROSLY
    --------------------------------------------------------------------------------



    UMUM mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil.

     
    Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang.



    Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.





    "Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa.





    "Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan," kata Zatul Hijanah Ramzi.



    Elak tertekan

     
    Menurut Zatul Hijanah yang merupakan Kaunselor Laktasi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.

     
    "Walaupun kita tidak makan dan minum pada siang hari, ia tidak bermakna ibu tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi," ujarnya.





    Terang beliau, ini kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.



    Bagaimanapun, tegas Zatul Hijanah, seseorang ibu tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.





    "Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu," jelas beliau.



    Bagaimanapun katanya, wanita tidak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan mereka kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.





    Jelas beliau penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stres yang dialami oleh ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, ibu perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa.



    Jangan putus asa





    Malangnya bagi ibu yang beranggapan susu akan berkurangan sewaktu berpuasa, akan mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka untuk terus membekal dan menghasilkan kuantiti susu yang banyak.



    Disebabkan tanggapan itu, ada ibu yang mula berputus asa apabila melihat kuantiti susu agak berkurangan pada hari pertama berpuasa sehingga menyebabkan mereka mula mengurangkan aktiviti mengepam susu badan. Malah, ada ibu yang berhenti terus daripada berbuat demikian. Jika anda mengambil tindakan seperti itu, maka penghasilan susu akan semakin berkurangan kerana kurangnya permintaan.



    "Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep 'permintaan dan penawaran' adalah amat penting.





    "Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu," jelasnya.





    FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?



    FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.



    Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.



    "Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.





    PARA ibu yang menyusukan bayi ketika bulan puasa perlu mengepam susu dengan lebih kerap berbanding bulan-bulan biasa.


    "Oleh itu, susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada setiap dua jam atau tiga jam sekali," jelasnya.





    Terang beliau, kaum ibu juga tidak perlu bimbang mengenai zat dan nutrien dalam susu badan sepanjang bulan Ramadan.


    Berlatih sejak Syaaban





    Sementara itu, wanita yang bakal menimang cahaya mata kelima, Kartina Md. Khalid, 37, memberitahu, pengalaman menyusukan bayi pada bulan Ramadan adalah agak sukar dan mencabar kerana badan mudah menjadi letih.



    "Apa yang saya lakukan adalah mengambil makanan yang seimbang dan mengatur program pemakanan sendiri. Apabila bekerja, saya akan mengepam susu untuk anak saya.





    "Pada dua minggu terakhir Syaaban, saya melatih diri saya supaya kurangkan makan tengah hari dan dalam masa yang sama mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya yang merupakan penterjemah dan penyunting sambilan.



    Tambahnya, menyusukan anak lelaki lebih mencabar dan ibu memerlukan lebih banyak tenaga. Untuk itu si ibu perlu makan nasi yang banyak ketika bersahur manakala bagi anak perempuan pula, si ibu boleh mengurangkan pengambilan nasi tetapi melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.



    "Para ibu tidak perlu risau kerana susu badan sentiasa ada. Ibu perlu mencari rentak badan sendiri. Pada awal Ramadan memang meletihkan terutamanya pada tiga hari pertama berpuasa.



    "Kita akan lihat perbezaan kuantiti dan kualiti pada bulan puasa. Apa yang perlu dilakukan adalah ubah corak pemakanan dengan minum lebih banyak air dan pam susu dengan lebih kerap," ujarnya.



    Tegas Kartina, jangan sekali-kali berhenti menyusukan anak kerana jika permintaan susu kurang, pengeluaran akan turut merosot.

    18 August 2010

    Kewajipan Jimak - khas utk org dah kawin ye....

    Suami wajib memenuhi tuntutan nafkah batin isteri, melindungi dan berkongsi kebahagiaan bersamanya.

    Berikut adalah teladan Rasulullah SAW dalam hal jimak:

    Jimak Hukumnya WAJIB

    Jumhur ulama berpendapat, apabila tiada halangan untuk melakukan jimak (tidak dalam keadaan haid, nifas, etc.), hukumnya wajib.

    “Wajib bagi seorang suami menjimak istrinya sekurang2nya sekali setiap masa suci bila hal itu mampu dilakukannya. Apabila tidak demikian, maka dia telah bermaksiat kepada Allah SWT” - dari Ibnu Hazm.

    “..apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.. “ – (2:222).

    BAHAYA Meninggalkan Jimak

    Sesiapa yang mengabaikan jimak, amatlah bahaya bagi isteri, kerana dia akan terasa tertekan batinnya dan tidak dapat merasa kebahagiaan.

    Masa Abu Darda mengabaikan tanggungjawab ni terhadap isterinya, Ummu Darda kelihatan sangat serabut tanpa dandanan. Hingga Salman Al-Farisi perasan dan bertanya apa masalahnya. Rupanya kerana Abu Darda dah lama tak bersama dengannya.

    Begitu juga dengan keluhan isteri Abdullah bin Amr bila bercerita tentang suaminya kepada ayahnya “Dia itu lelaki yang paling baik, tapi sayang, dia tak pernah bersama denganku di tempat tidur, dan tidak pernah memperdulikan aku saat aku datang kepadanya”.

    Malah, Khalifah Umar Al-Khattab telah menetapkan tempoh mujahidin pergi berperang limit selama 6 bulan sahaja, agar isteri2 mereka tidak ditinggalkan kegersangan.

    Etika Jimak
    1. Mulai dengan basmalah (bismillahirrahmanirrahim) dan taawuz (a’udzubillahi minassyaitonirrojim).
    2. Mulakan dengan sentuahn dan kata2 lembut untuk membangkitkan ghairah isteri dan menjadikan kenikmatan lebih sempurna.
    3. Lakukan hingga kedua2 pihak berasa puas.
    4. Akhiri dengan sentuhan dan bisikan2 lembut juga dan jangan terus berpaling dari isteri.
    Waktu Yang Disarankan…
    1. Setelah pulang dari outstation, sebagai ganti dari perasaan sepi dan penantian yang menjemukan.
    2. Pada malam2 perkahwinan rakan2/saudara mara. Saat2 macam ni biasanya mengimbau kenangan manis semasa mula2 berkahwin dulu jadi manfaatkan sebaiknya.
    3. Selepas bergaduh. Selepas damai dari perbalahan, hiasi malamnya dengan canda gurau dan lakukan jimak untuk menyempurnakan keindahannya.
    4. Waktu2 meraih kejayaan. Contohnya bila suami naik pangkat, naik gaji, dapat bonus, raikan dengan meneguk madu kenikmatan dan kebahagiaan.

    Catatan bertajuk Jimak atau Jima’ ni dipetik dari buku ‘Bagaimana Membahagiakan Istri’ karya M. Abdul Halim Hamid.- kredit to Mommy Lyna

    17 August 2010

    Dah putus asa ni....

    Hasil tenusu mama pada hari ni......



    Hanya 4.5oz je utk 2x sessi pengepaman.......
    Semalam pun dapat 3oz je.....
    Kenapa tiba2 susu merudum?
    Adakah kerana mama salah makan?x makan makanan yg berkhasiat?atau x cukup makan...
    Supplement dah ambil....tapi susu jadi kurang lak.....salah supplement ke?
    Stress kot....
    Stok ebm tinggal 3 ketul jek lg....huhu... 

    P/S: Oh ya, dah lama mama x minum susu...seminggu dah kot sebab dah habis...tapi mama dah ganti dgn horlicks....hmmm..... 
     

    Alhamdulillah......Selesai Sudah......

    Fuhhh....lega rasanya.....
    Semalam berakhir sudah perselisihan faham antara Israel dan Palestin member2 opis ni....
    Aku juga terlibat dalam kancah pergaduhan ni....
    Benda yg kecik....diperbesarkan....
    Benda blh settle...dirumitkan.....
    Benda ni dah buat aku x lena tido (penipu...keke)......
    Balik umah dengan otak x tenang....kepala berserabut.....benci dan meluat yg membuak2....seriyes.....
    Nasib baik balik umah ada adam....blh la aku busykan diri dgn layan adam....huhu....

    Alhamdulillah...semua dah clear...(agaknya la)...semua dah saling bermaafan....macam hari raya lak....kekeke.....

    Semalam balik umah pun otak tenang je....tido pun awal je...kul 9 dah lena....eh, ada kena mengena ke?hehe....

    Kiko Warehouse Sale




    Discount Duration : Mon, 16 Aug 2010 - Sun, 22 Aug 2010, 10am-5pm
    Company : KIKO Garments Sdn Bhd
    Location : KIKO Garments Sdn Bhd, No. 1 Jalan Industri PBP13, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor Daru Ehsan, Malaysia
    Telephone : 603 8068 8888
    Promotion : KIKO Malaysia Warehouse Sale From RM5
    Products Offered :
  1. Kidswear (Age 1 – 14)




  2. P/s: Aku x pegi kot sebab baju utk adam xde.....offer ni utk kidswear from age 1......huhu...next year je lah.....:(

    16 August 2010

    Produk Kecantikan Disenarai Hitam Kementerian Kesihatan

    Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.


    INFO - Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

    Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
    Kintop
    Body Beaus
    BMI-9 Xylimming Capsule
    Senna Plus Capsule

    Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
    Lami

    Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
    Obexlim
    Slimax Coffee
    Beaute Fit Body Contour
    Body Trimz

    Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
    357 Nasal Spray

    Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
    Makjun Taufiq Dua Istimewa
    Majun Dua Istimewa
    Ginseng Jin Fui Wan
    Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
    Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
    Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
    Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
    Makjun Syafiq 3 Istimewa
    Reepo

    Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
    Air Ikan Haruan

    Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
    Eriesya Spa Beauty Cream
    Atika Beauty Renewal Cream
    Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
    Ratna Sari Whitening Night Cream
    Tia Amelia Krim Jeragat
    Chantique Whitening Night Cream
    RZAC White Pearl Cream
    Nuriz Day and Night Cream
    Elite Rias Er Cream
    R&Z Whitening Night Cream
    Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
    Pigmentation Recovery Complex
    Zara Rejuvenation Cream
    Natasya Krim Herba Gold
    De Putih Night Cream

    Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
    Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

    Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
    Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
    Qian Tong Dan
    Raja Ubat Resdung
    Coral Plus UA 350MG

    Sumber: Berita Harian Online
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Idamnakcantikjadigila/Article/

    Dugaan...cubaan.....cabaran.....

    Ngantuknya arini.....
    Rasa nak hantuk kepala kat dinding je....
    Pagi tadi sampai je opis, tekak rasa haus....
    Lapar lak tuh...tadi sahur makan sikit je sebab x lalu makan....

    Kalau pekena ni best gak....
    mai secawan....




    ohhh, tidak!!!!!




    SESUNGGUHNYA AKU BERPUASA.........

    P/S: Kalau ibu menyusu dibolehkan berbuka kan???

    13 August 2010

    Syukur.....

    Ramadhan datang lagi.....nampaknya Ramadhan kali ni lebih mencabar sebab tahun ni mama menyusukan Adam...tahun lepas pun mencabar gak sb mengandung.....tapi Alhamdulillah mama dapat bertahan dgn berpuasa penuh...

    Sebagai persediaan utk bulan puasa ni, mama dah dapatkan supplement utk tambahkan susu plus menambahkan tenaga....supaya nanti xde la terketar2...maklumlah kena pam jgk time siang even hanya pam skali jek...ni kes takut xde tenaga la.....kekeke... supplement ni mama beli kat sini......ada 4 jenis vitamin dlm ni....vit c, b kompleks, vita-lea dan alfalfa.....mama beli trial set utk stok sebulan je.....


     siap dapat freegift lg....hehe...

     
    Hari ketiga try, hasilnya amatlah mengagumkan jiwa raga mama......sekali perah memang dapat byk susu....susunya pulak sedikit kehijauan, lebih pekat dan lemak berkrim disukai ramai dan lebih banyak.....sangat hepi ok....tak caya?


    tengok ni......adam dah terliur dah tu....

    ni hasil pengepaman pagi tadi....jarang nak dpt byk ni tau....syukur....

    09 August 2010

    Jadual Waktu Berbuka Dan Imsak

    Sempena bulan puasa yg mulia ni.....
    Aku nak tepek la jadual buka puasa n imsak....
    Biasa la bulan puasa, jadual ni la yg org duk cari2...

    Sape nak tgk jadualnya boleh klik SINI ye....


    p/s: Bagi yg belum ganti puasa, sila ganti skrg....masa dah hampir tamat ni....
    p/s lagi: Thn ni aku x payah ganti sebab thn lepas puasa penuh......
    sebab mengandungkan Adam....hehe....Alhamdulillah...

    05 August 2010

    Dah gian.....

    Sejak dua menjak ni aku dah gian bershopping online lak....rasa seronok lak...
    Sebelum ni selagi x tengok n pegang barang tu, memang x puas hati....kalau boleh nak gak pegang barang tu baru blh beli....
    Tapi sekarang ni, asal cantik dan berkenan di hati je terus order....haishhh....tau2 je esoknya brg dah sampai....senang gileerrr....


    Kebanyakan aku shopping online baju2 baby je...sebab senang nak tau ukuran dia....
    Kalau baju untuk aku, x berani nak beli....sb takut x muat...hahaha....
    Tapi try gak usha2 tudung...pun x berani nak beli...sb takut x sesuai.....cerewet lak....kekeke...

    Ni baju yg baru beli utk Adam...tunjuk parcel sbg bukti beli online...hehe....


    Dah lama cari yg mcm ni.....baru jumpa....brand Oshkosh....



    Baju2 ni dah 2 minggu beli....tapi x pakai lg....
    sayang lak rasanya...hehe..kalau syg wtpe beli??
    Motif baju i love mum lebih dari i love dad? supaya Adam syg mama lebih.....hahahaha.....peace...

    04 August 2010

    Jatuh Cinta Dgn Kryolan

    Dari minggu lepas lagi beli...tapi sekarang baru ada feel nak story..
    Aku baru je kenal dgn mekap ni...tgh dok godek2 fb, terjumpa la dgn agen yg jual alat mekap ni...

    Mula2 tgk x berminat sebab foundation yg dia jual jenis stick...aku rasanya x sesuai pakai yg jenis stick...takut nanti kulit jadi kering...sb dulu penah pakai foundation Maybelline yg jenis stick...tp kulit jd kering dan menggelupas....sgt x cantik....huhu...pas tu tukar pakai Clinique lak sampai la skrg....lagipun mmg aku tgh pakai Clinique punya skincare pun...tapi ni rasa mcm nak tukar selera lak...

    Godek punya godek....baca komen org yg penah pakai....dicampur dgn dia punya ayat power....last2 tergoda gak...mana taknya, dia ckp kalau pakai ni pori2 yang terbuka akan tertutup, semua bekas jerawat sebesar kawah pun blh di cover...hasilnya kulit akan jd gebusss....sapa x tergoda dik nun....nak2 lagi tgk kt fb dia permintaan mmg byk....sampaikan berebut2 org order...maknanya terbukti berkesan la tu...hehe...aku ke yg terpengaruh??

    Sekarang ni dia tgh promosi, so dpt la murah skit...so, xnak lepaskan peluang ni aku pun order la gak...hiks...esoknya barang yg diorder sampai....x sabar je nak try...betul ke kulit jd gebu? hahaha....


    Kasi tunjuk skit dia punya parcel



    Ni set yg aku beli...stick foundation dgn loose powder




    Balik je umah terus mandi dan dgn x sabarnya terus try main mekap2....haha..sungguh x menyempat...first time pakai terus jatuh cinta...mmg betul la kulit jadi flawless...haha..perasan....*wink*

    03 August 2010

    Complaint Letter

    Datang keje pagi tadi bukak la emel....banyaknya emel yg aku x sempat baca...maklumlah dah lama x bukak emel...
    Dalam banyak2 emel tu, ada la 1 emel komplen pasal aku....

    1)  Semalam  29/7/2010 Khamis - Bhg tuan bertugas pada sebelah pg  tetapi pukul 12.00 th sudah naik keatas Puan Nur Asmani sepatutnya biar lah 12.30 th hari.

    2) Hari ini 30/7/2010 - bhg tuan bertugas sebelah petang  tetapi sahingga 4.00 ptg masih tidak turun  .Saya telah maklumkan  kpd penyelia serta puan sendiri  dan juga kpd beliau (Pn Nur Asmani) mengatakan tidak terima arahan.

    Perlu diingatkana sekiranya ada apa komplain  pada masa tersebut Bhg tuan bertangung jawab. 

    Sekian utk makluman dan tindakan puan seterusnya. 


    Maybe aku xde peluang nak bela diri....so, aku nak bagi jawapan tu kat sini je la....

    1) sebab aku naik awal ialah kerana pada 29/7 tu ada satu majlis perpisahan yang dianjurkan oleh bahagian aku...majlis tu start kul 12.15....so, aku kena la dtg awal...sebab kalau lambat, nanti cakap aku x menghormati majlis lak kan?lagipun ada excuse kan....tapi kalau hari2 biasa aku kena bertugas, aku naik kul 1ptg ok!! bukan 12 or 12.30.....

    2)  aku x turun bertugas sebab xde org inform aku....so, aku x tahu menahu aku kena menggantikan membe kita yg bercuti sakan tu ye....

    Lepas aku habis baca emel tu, ada org bagitau aku, atas meja bos aku ada complaint letter pasal aku....aku rasa aku tau apa isi kandungan surat tu dan sape yg bagi surat tu...ohh..komplen sampai ke bos nampak...main kasar ye...

    Sekarang ni aku tengah tunggu bos panggil untuk menjelaskan semua tu....aku harap bos faham...lagipun org atasan aku pun backing aku dan tak menyalahkan aku 100%....
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Mama & Abah

    Adam Hakeem

    Our Baby