09 May 2011

Arjuna - baby kedua Rita & Aidil


Pasangan pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 35 tahun, dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, 24 tahun menerima kehadiran cahayamata keduanya apabila Rita selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court. 

Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2 petang. Kedua-duanya, ibu dan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.

Pasangan tersebut sebelum ini dikurniakan seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.

Hubungan Rita dan suaminya berdepan dengan cabaran awal tahun ini, namun ia tidak sedikit pun menggugat hubungan pasangan suami isteri ini. Kelibat Rita juga tidak kelihatan di majlis perkahwinan iparnya, Zaquan Adha dengan Ayu Raudhah baru-baru ini.


Sumber: Gua

4 org syg adam:

Anonymous said...

comel kan baby baru diaorg

** salam kenalan

Ardini Humaira said...

comelnye :)

ajumohit said...

bakal mewarisi bakar ayahnya ni hehehe geng bola

MamaYatie said...

tomei..smg hubungan mereka berdua lebih erat lagi pas ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...