09 September 2011

Beli prepaid dikenakan cukai 6%

Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.

Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan.

Sumber: Berita harian dan metro




Aku sebagai pengguna prepaid tegar sangatlah tak puas hati.....ada yang kata, "alah, apalah sangat 60 sen tu....kau bergayut lama-lama boleh lak..tapi nak bayar 60 sen pun berkira????" amboi, sesedap rasa, sesedap mulut je berkata-kata ye.....macam la kau tahu orang tu gayut lama-lama kan???

Walaupun hanya 60sen, tapi aku tak sanggup nak bayar lebih...kedai prepaid yang jual prepaid RM10.50 pun aku takkan beli sebelum ni....sanggup cari kedai lain yang jual RM10...ni nak naik 60sen lak....

Biasanya aku top up RM30, kena bayar lebih Rm1.80 la?? huhu....

Aku malas nak pakai line sebab aku bukannya banyak sangat buat call pun....buat rugi je bayar bulan-bulan....prepaid pun aku top up sebulan sekali....tu pun sebab airtime dah expired, tapi kredit banyaaaak lagi....

Orang kaya mungkin tak terasa sangat..... kesian la pelajar-pelajar dan mereka yang kurang berkemampuan ni...mereka pakai henfon sebab keperluan....


14 org syg adam:

Myra Jay said...

Aduhhh..
Myra pengguna line pun tak puas hati gak, prepaid pun wat cam line jugak ada servis caj, abes kita dok buat kol tu pun dah kena caj kan..

Memang nak cepat kaya betoi la...

bujal X said...

saya lagi terasa~broadband saya pakai prepaid~~haih~

ajumohit said...

Aduyai semua benda nk naik harga, tp servisnya bukannya bagus mana pon...sabor jela

kaklong said...

dah lama tinggal kan alam prepaid ni..

Unknown said...

ni baru utk prepaid......prepare utk GST barangan keperluan pulak

Kakzakie Purvit said...

Sayangnya rakyat negara kita biasanya tak setuju on paper saja. Nak demo kena ISA.... entahlah. Kakak tak pakai prepaid. Kakak guna bill yg family plan utk sekeluarga....

eB said...

kalo x terpaksa guna eB mls dh nk pakai.. hu3

Rina Rahamat said...

mmg bnyk lah cukai skarang..makan kat restoran pon kena tax juga..tp gitulah kalau tkada tax kang negara takdak duit pulak kan..

syawalsimpsons said...

susahkan...semua pakai tax...mmmm...

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum aanie..
lama betul akak tak dapat apdet blog.. skrg akak kembali.. SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN ye.. baru 2 hari dpt masuk blog.. banyak rumah nak kena ziarah ni.. almaklumlah.. dah jadi cam org baru lak.. ehehehe.. dikkkkk agak2 kenal akak lagi tak ni? ehehe

Anonymous said...

lps ni kita kembali ke zaman silam..guna style surat menyurat..hehe


adakah sejarah mungkin berulang atau sejarah pasti berulang

fisya sabri said...

sume kena tax..harap2 la xjadi, sbb ianya mmg sgt mmbebankan

sahromnasrudin said...

kami pun pakai prepaid..mmg terasa sgt kenaikan nie huhuhuhh

lady-D said...

aku pun trase weh..huhu..tp x jd kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...