20 September 2011

Kereta dirompak di highway

Assalamualaikum.....

Semalam masa beraya kat umah mak uda kat shah alam, sempat la dengar MIL dan mak uda bergosip-gosip....ai tadah telinga je la...

Kemudian terkeluar la cite pasal sepupu encek suami (Linda) kena rompak kat Highway Karak....Linda bertolak dari PD dalam perjalanan nak balik umah dia kat bentong....masa tu dia drive sorang-sorang...malam-malam lak tu....

Sebelum sampai kat terowong highway karak tu, tiba-tiba ada 1 kete langgar belakang dia....dia pun keluar la tengok, konon nak g marah orang tu la....sekali tengah leka duk kat belakang tu tiba-tiba salah seorang dari yang langgar tu masuk dalam kete dia terus melarikan kete dia.....

Yang ada kat tangan dia hanyalah henfon sebab time tu dia tengah call member dia.....dia nak g kejar.....mintak tolong...tak de sape pun yang tolong...kemudian ada la satu kete ni berhenti tolong bawak dia g balai polis.....

Perompak tu sempat la guna kad kredit dia buat isi minyak kat sungai buloh (sempat diorang pusing)...diorang isi full tank tu..habis RM200 untuk 2 biji kete...

Rasanya diorang memang dah target kot kete dia sebab dia bawak Honda City...nombor plat baru lak tu.....huhu....tapi alhamdulillah, perompak tu tak apa-apakan dia.....


macam ni kot kete dia......


Bila dengar kejadian camni rasa takut je nak memandu sorang-sorang.....harap-harap dijauhkan la kejadian camni berlaku kat kita....Nauzubillah.....kepada lady driver, berhati-hatilah....


P/s: Kalo camni, camne la nak pakai Mitsubishi Lancer ni????

11 org syg adam:

Unknown said...

kat stesen minyak ada cctv.....

dapat tak gmbar perompak?

aanie said...

@azam

tak nampak sebab jauh dr cctv....huhu...

~izan~ said...

skrg ni mana2 pun tak selamat.keta parking pun bley hilang.kat carwash pun sama...dan keta jenis apa pun ada risiko nak hilang selagi yg jahat2 tu tak insaf...lady driver tu jgn hias keta nampak sgt perempuannya huhu...

Ijah EmoTemo said...

uish. bahaya ni. seram pulak bila dgr cerita mcm ni. adeyy.

gadis kepastian said...

ngerinya..dah la gk slalu drive sorang2..kekadang pukul 3 4 pagi..haiyooo nak suh teman xkahwin ag...dunia dunia

Wonderful Life with Mary Kay said...

Skang ni, kat mana2 pun rasa tak selamat kan? Perompak ni mmg andai pilih mangsa. :(

sahromnasrudin said...

kite pakai krete Malaysia je la..insyaAllah selamat huhuhuhhh

Myra Jay said...

Better pakai kereta kancil je if nak drive sensorang.. :)


Dan nak jalan jauh tu at least kena ada 2 orang (for ladies)

Kak Amy said...

Bahayanya.. sekarang ni kat mane2 pun dah x selamat..jenayah dah x kira tempat

Mama Gee said...

huhuh mcm cara skrg ni kan...apa yg patut kita buat kalau kena langgar camni? nk keluar pun tak selamat lebih2 lg kalo kita yg perempuan ni...huhuh

lady-D said...

scary weh..tp mmg ade taktik yg camni kan..saje gi langgar then amik kesempatan..sila berhati-hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...