26 September 2013

Nak bersalin kat mana?

Sekarang ni pening betul aku nak decide nak bersalin kat mana.....masa adam dulu aku bersalin kat PPUM....banyak kenangan pahit berbanding kenangan manis kat sana....ramai yang cakap ok, ramai yang cakap tak ok.....bergantung pada rezeki masing-masing la.....lagipun aku duk kat hospital tu agak lama.....10 hari.....sebab adam ada G6PD....

Bila dah duduk lama kat wad, macam-macam perangai nurse la aku jumpa termasukla perangai budak yang hantar makanan.....

Tapi, kat wad sebelum bersalin  nurse-nurse dia baik-baik belaka.....tapi yang tak tahannya serabut dengan doktor pelatih je la.....kalau ada 5 orang doktor pelatih duk keliling kita, tiap-tiap orang duk check benda yang sama je.....kalau sorang duk ketuk perut, yang lain pun buat benda yang sama.....dah macam bahan eksperimen pun ada....sorang dua dah la...yang lain pegilah ketuk perut patient lain lak....huh...tension....

Jadi, sekarang aku dah tak nak bersalin kat ppum lagi....


Tapi, masalahnya sekarang itu la satu-satunya hospital kerajaan yang paling dekat dengan umah aku.....nak tak nak kena bersalin kat sana jugak melainkan aku kena keluar duit sikit bersalin kat swasta....orang kata sakit bersalin semua sama, tapi masalahnya dah la kita ni tengah sakit, orang layan kita lak ala kadar je lagi la bertambah sakit.....

Aku dah tanya hubby, dia dah bagi greenlight untuk aku bersalin kat swasta....lagipun company aku akan cover sikit bayaran hospital dan yang selebihnya aku boleh bayar ansuran melalui potongan gaji kat company aku....kan bagus kalau dia cover semua.....boleh la aku bersalin kat prince court...kehkeh....


So sekarang ni aku dah listkan beberapa hospital swasta yang dekat dengan area umah aku dan dalam kemampuan aku.....ni pakej bersalin normal yang paling murah la tak termasuk additional charge......

1) KPMC, Puchong - RM1190 

Setakat ni 3 hospital ni je aku jumpa.......tapi ada pro n cons la.....KPJ tu takde lagi member yang bersalin kat situ.....so tak tahu servis dia macam mana....takut jugak sebab kalau tengok pakej dia memang la ok tapi takut nanti ada cas tambahan yang bukan-bukan....

Kpmc tu paling dekat dengan umah aku.....tapi tak tahu macam mana servis dia....kena tanya mommyaida la....tapi aida kat ok.....hmm, boleh dipertimbangkan......:)

Az-zahrah lak dah ada kawan-kawan aku yang bersalin kat sana.....feedback semua ok.....lagipun masa dalam labour room dia siap pasangkan zikir dan doktor pun siap berdoa lagi untuk kita....sama-sama perempuan pun dia jaga aurat kita....memang islamik betul.....aku suka! aku suka! tapi masalahnya kat bangi tu....jauhh...huwaaaa....


Pening.....pening.....Ya Allah, permudahkanlah semuanya.....aminnn....


8 org syg adam:

Kakcik Seroja said...

Semoga mendapat penyelesaian yang terbaik. :)

NrlAidaHml said...

hikhikhik...macam KPMC tu value for money la kan..yang penting takde doktor or nurse pelatih yang menyemakkan..lagi satu Labor room KPMC kecik je la,cukup2 kelengkapan untuk kita bersalin n yang paling penting dalam Labor room hanya perempuan islam sahaja dibenarkan masuk..kira jaga aurat sesama islam la kan..hehee.. haaa..cepat Aanie pilih..jangan tak pilih..hihihi

adianiez AIDA said...

aida bersalin kat GH aje :-)
yes, moga aanie dpt penyelesaian yg terbaik :-)

Kakzakie Purvit said...

Istikharah aanie. Moga dipermudahkan utk mendapat tempat yg terbaik... oklah tu tak mahal sangat..

εïзmmyHazaεïз said...

Akak brsalin anak no 4 kat kpj shah alam. So far ok. Semua perempuan la. Layanan pon ok.

moga semua selamat...

Jue said...

moga dipermudahkan...

Nia said...

Salam ziarah Aanie,

Az-Zahrah tu nampak paling best. Tapi ni pendapat peribadi saya aje. Sebab ada pasang zikir semua tu, menarik tu.

Sukar mencari minyak yang tulen,
Hendak diguna di hari Selasa,
Susah memilih hospital bersalin,
Apa yang penting Aanie selesa ;)

Ilyani said...

Hospital putrajaya ok jugak sis...first class hospital... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...