30 September 2010

Contest Bersama Si Kecil


Jom join contest ni......






Contest ini bermula pada  
1 September 2010 dan 
akan berakhir pada 10 Oktober 2010 
Utk join klik SINI...... 

Nak tag:
Dyla
Mye
Jue

1st Giveaway by Petals Patch

Jom join GA ni......
Utk join boleh klik gambar di atas 
atau klik SINI....... 

Hadiah2 yg ditawarkan......

  1. Little Bunny Mini Tote Bag
 
2.    Heavy Green Flex Pouch.


AND...
3.    Surprise giveaway
(pemenang akan dipilih oleh tuan punya blog base on the most creative blog post)

Yesss.....akhirnya dapat gak......

Kenapa aku seronok sangat ni???
Apa yg aku dapat???
Bonus ke?
Durian runtuh ke?
Duit jatuh dari langit ke?
Hahaha.......
Ekceli....ini yg aku dapat.......
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

 aku punya nama yg ketiga tu.....kekeke....

mesti korang pelik..ape kehe nya ani ni?
kalau korang nak tau, tudung ni memang spesel sangat.....
sebab dia custom made....dijahit sendiri oleh tuan punya belog....
tudung ni jenis tudung syria, tapi inner dia jenis x melekap.....ada muncung gitu....
pas tu kan, tudung dia memang laku sangat....
kalau malam ni upload, malam ni jgk habis booking....
 kalau esok baru nak order, jangan harap la dapat....

sebelum2 ni aku ada gak nak order, tapi terlambat....
ye la, aku bukak belog kat opis je.....malam xde masa nak ngadap pc.....
pastu smlm dia ckp akan upload stok baru malam tadi....
maka, semalam dgn gigihnya aku ngadap pc tunggu dia update belog.....
hahaha....berjaya gak order tudung dia.....
aku try beli 1 helai je dulu.....kaler pink macam kat atas tuh.....sweet kan?
kalau ikutkan nak beli 1 lagi......tapi takut x sesuai ngan aku....huhu...
kalau ok, nanti blh beli lagi....

29 September 2010

Template baru

Baru je lepas edit template.....
dah bosan dgn yg lama.....
ekceli tak rajin nak tukar2 template ni.....
sebab banyak mende nak kena tukar.....leceh....
ingat nak cari yg simple2 je....of kos la yg kaler pink or merah.....
xtau la ok ke tak yg ni....
agak-agak orang tak sakit mata or sakit hati rasa nak terus tekan "x" tu ok la kot......hehehe.....
cau cin cau......

27 September 2010

Bonus 2 bulan gaji???

Wow......bestnya kalau dapat kan??? sejak masuk dalam perkhidmatan awam ni, aku tak penah lagi dapat merasa bonus....setakat duit raya dan duit ihsan tu ada la....mcm thn lepas dapat duit raya, tapi dibayar 2x.....dah la tu kena potong lak tu sebab tak cukup setahun berkhidmat....tahun ni dapat la penuh....tapi harap2 bonus 2 bulan gaji tu menjadi kenyataan.....amin.....

CUEPACS yakin kerajaan beri bonus

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin kerajaan akan mempertimbangkan permintaan rakyat untuk mendapatkan bonus pada input belanjawan 2011 nanti.

Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya berharap kerajaan akan terus membantu dan mempertimbangkan permintaan tersebut untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat.
Beliau turut memberitahu, pihaknya sudah membuat permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa bulan lalu memohon bonus dua bulan gaji untuk kakitangan awam dan pesara tahun ini.

"Dengan keadaan ekonomi yang menunjukkan peningkatan sekarang ini, kerajaan seharusnya mempertimbangkan permintaan tersebut dan jika tidak boleh diberikan bonus dua bulan gaji, CUEPACS berharap kerajaan mempertimbangkan pemberian sekurang-kurangnya sebulan gaji.
"Kakitangan awam merupakan tunjang kepada pembangunan negara, dengan itu saya harap tiada pihak yang mempertikaikan dan menafikan tuntutan pemberian bonus kepada penjawat awam," katanya ketika dihubungi di sini semalami.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keyakinan CUEPACS mengenai saranan pembaca blog 1Malaysia Perdana Menteri untuk input Belanjawan 2011 yang meminta bonus kepada kakitangan kerajaan, pengurangan faedah kad kredit dan pinjaman perumahan kerajaan serta pelepasan cukai.

Menurut Omar, permintaan tersebut mampu menyuntik semangat untuk berkhidmat dengan lebih baik dan bermutu selain meringankan beban tanggungan 1.2 juta kakitangan awam.
Selain itu katanya, sudah tiba masanya kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan awam kerana sudah dua tahun mereka tidak menerima bonus kecuali pemberian saguhati.

"Pemberian saguhati sebelum hari raya baru-baru ini pula bukan diterima semua penjawat awam seperti pegawai-pegawai atasan.
"CUEPACS yakin kerajaan tidak akan membiarkan kakitangan awam terutama yang berpendapatan rendah berasa terbeban pada tahun ini," katanya.

25 September 2010

Lepas geram je.....

Jap lagi nak kuar pegi open house umah member incik suami....lepas tu nak g sogo.....weehuuu....sambil2 tu boleh g pasar malam jln TAR.....
Walaupun ramai yg x setuju kalau tengok parents angkut anak2 diorang kat tempat ramai org, tapi ada aku kesah?? habis tu takkan la aku nak tinggal anak aku kat umah sorang2?
Aku jaga sendiri anak aku....bukannya letak umah mak.....

Kat kl ni kitorang xde sedara mara yg boleh tlg jaga kan baby kitorang...kalau ada pun, tak kuasa la diorang nak jaga...diorang pun ada anak gak.....umah mak dgn mak mertua lak jauh....nak tak nak terpaksa la angkut sekali nak pegi mana pun.....

Tapi aku pun rasional gak la....kalau agak2 padat sangat tempat tu, takkan la aku nak mencelah gak...agak2 la kan....sape x sayang anak....

Dah la tu....

24 September 2010

::CABUTAN BERTUAH MANJAKUSAYANG::



Jom join GA ni lak!!!!

Utk join, klik SINI.......

Due Date:
30 september 2010

Mom&a Journey Called Life 1st GA

Jom join GA ni lak....


Utk join, klik SINI.....

Due date:
11 Ocktober 2010

Sape nak hadiah free? =)

Jom join GA ni....


Kalau nak join, klik SINI......


Tarikh tutup:
1 October 2010, 10:00 am.

 Nak tag:
D_la

23 September 2010

Leher tersepit meja lipat

Macam-macam kes yg tak diingini dan tak disangka2 berlaku skrg ni.....memang kena extra carefull la lepas ni terutama tentang keselamatan anak....semalam dengar cite pasal baby 3 bulan meninggal kat taska....nauzubillah....hasil bedah siasat tak dpt tau punca kematiannya....kisah dia sangat menyayat hati....aku sebagai seorang ibu dapat memahami perasaan ibu baby tu......anak yg dikandung selama 9bulan, hanya dapat bermesra selama 3 bulan je...Al-Fatihah utk arwah.....

Harini lak kat Harian Metro kanak2 lelaki meninggal sebab tersepit kak meja lipat.....nauzubillah.....

KUALA KANGSAR: “Ayah, kalau Irfan mati, tolong kebumikan di sebelah kubur pak su (bapa saudara),” begitu permintaan pelik Muhammad Irfan Rusydi, 5, yang maut selepas lehernya tersepit pada kaki meja lipat di belakang rumah neneknya di sini, Isnin lalu.

TRAGEDI...Mohd Fadtah (kanan) menunjukkan  meja yang mengapit anaknya hingga membawa maut.
TRAGEDI...Mohd Fadtah (kanan) menunjukkan meja yang mengapit anaknya hingga membawa maut. 
 
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di Kampung Talang Hilir itu, mangsa bermain bersendirian di belakang rumah sebelum leher tersepit pada meja berkenaan menyebabkannya pengsan akibat sukar bernafas sebelum disahkan meninggal dunia.

Kanak-kanak malang itu meninggal dunia kira-kira jam 1.10 pagi kelmarin selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Bapa mangsa, Mohd Fadtah Sadhabil, 27, berkata, ketika kejadian, dia belum pulang bekerja, tetapi ahli keluarga lain ada terdengar jeritan anaknya, namun menganggapnya gurauan kerana arwah sering berbuat demikian ketika bermain berseorangan.

Menurutnya, kejadian itu disedari adik lelakinya yang keluar memeriksa keadaan arwah sebelum mendapati leher anaknya tersepit pada kaki meja hingga badannya kebiruan.

“Tiada siapa menyangka jeritannya itu sebenarnya menandakan dia meminta tolong,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.

 Credit to Harian Metro

Kesan rumah hijau

 Tiba-tiba terpanggil utk buat entry pasal kesan rumah hijau ni....ni semua gara-gara incik suami la....tiap2 hari duk tanya aku apa kebendanya kesan rumah hijau nih....tiap kali tengok kat tv pasal kesan rumah hijau ni, tiap kali tu la dok tanya2 aku....dulu penah la jgk belaja pasal benda nih...tapi sejak dah lama meninggalkan bangku sekolah ni, dah ingat2 lupa lah...yg aku ingat, rupa rumah hijau tu je kot....kekeke....

Ni terpaksa la aku study balik utk present kat incik suami.....time kasih en google.....

Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Rumah hijau, atau rumah kaca ialah satu bangunan yang diperbuat daripada kaca atau plastik yang membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal. Haba dari cahaya matahari yang menembusi strukturnya yang lutsinar memanaskan tumbuh-tumbuhan dan tanah di dalamnya. Selain itu, udara di dalamnya turut dipanaskan dan kekal tanpa boleh terlepas keluar daripada bangunan ini.

Bangunan ini dibina dalam pelbagai bentuk dan peranan. Dalam industri asa tani, misalnya, ia dibina dengan saiz yang besar dan dilengkapi pelabagai peralatan moden bagi mengawal dan menggalakkan pertumbuhan tanaman di dalamnya. Kaca atau plastik yang digunakan pula bekerja sebagai bahan perantaraan yang membenarkan perpindahan (atau "pembebasan") sinaran pada frekuensi tertentu. Kesannya ialah, tenaga yang masuk "dijerat" di dalamnya untuk memanaskan tanaman, dan tidak boleh keluar bebas daripada rumah hijau ini.
Rumah hijau sering juga digunakan dalam industri seni taman dan juga untuk tujuan penyelidikan.

Proses kesan rumah hijau

Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

22 September 2010

Malaysia Day Giveaway

Jom join contest ni.....


BINGGO!!

Sape nak join klik SINI

Tarikh Tutup :
 30 September 2010
(12 tgh)

Macam nak pengsan.....

Huh, baru balik dari g cucuk adam kat Klinik Kesihatan......ramai giler orang macam nak pengsan rasanya tunggu turn....kerusi pun tak cukup, sampai ada yg pregnant n ada anak kecik pun tak dapat duduk....siap ada yg bantai bersila kat lantai lah....

Aku sampai sana kul 8.30 pagi, tapi kena panggil kul 11 lebih.....menyampah tul.....dah tu kena refer doktor dulu baru g cucuk sebab badan adam ada bintik2 merah berair....so, aku mintak la refer doktor....last2 dekat kul 1 gak baru sampai opis....rasa macam dah tobat nak g sana lagi....pasni nak mintak g klinik panel je lah....tak larat nak tunggu turn sampai berjam2...buang masa den sajork....dah la arini keje...nasib baik bos tak masuk opis pagi....

Adam lak teruja sangat tengok orang ramai sampai lupa nak minum susu tak mintak susu....kekeke.....masa aku kuar minum jap baru dia merengek nak susu.....lepas minum susu terus tertido....puas kejut suruh dia bangun sebab dah nak sampai turn nak kena cucuk tapi xnak bangun2....apa lagi, time kena cucuk tu nangis la....huhu....tapi kejap je nangis, terkejut kot....

Sekarang adam dah masuk 6 bulan, so nurse tu suruh bagi makan....aku memang dah bagi makan, tapi nestum je....nurse tu suggest bagi bubur nasi....dia kata aku kira ok la sebab still bf baby sampai 6 bln, tapi failed lak sebab bagi nestum...huhu.....aku memang nak buat bubur nasi, tapi tak berkesempatan lagi.....aritu dah try, tapi macam x jadi bubur je....aku tengok pun tak lalu.....huhu....


Lepas balik tu terus anta adam kat nurseri n aku pun balik opis....kesian gak kat dia kena tinggal kat nurseri lepas kena cucuk, tapi nak buat cmne....hope dia ok la....adam kan good boy....aummmm.....

21 September 2010

Entry khas utk The Red Lover @ Red Mummy

Sape yg x kenal dgn blog red mummy nih...tentu ramai blogger yg kenal....kalau tak, takkan dia punya followers boleh cecah sampai lebih 4 juta!!! omg!!! dia punya visitor sehari adalah ribu2 lemon....sangat kagum dgn beliau neh....kalau sebelum ni aku tengok banyak blog yg punya follower sampai 1k, 2k, dan paling ramai pun 10k aku dah rasa diorang hebat, rupanya blog red mummy atau lebih mesra dipanggil kak red ni lebih hebat dan luar biasa gempak......

Kalau dah fan seramai tu, just imagine dia punya income dari nuffnang....dia mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000 setahun melalui iklan-iklan yang dipaparkan di blognya....huh..kalah gaji pengarah...memang hidup mewah hasil dari blog la....kalau aku dapat cek dari nuffnang sebanyak tu, confirm aku bayar cash duit ptptn aku tu....dapat la aku tido lena....

Kak Red ni jugak penah masuk dlm beberapa paper gak pasal kejayaan dia nih....macam artis gitu....terbaru masuk dalam kosmo...aku pun tau pasal beliau ni masa baca paper kosmo la cerita pasal nuffnang.....teruja aku baca dia dpt income sebanyak tu......niat asal berblog just nak tulis diari, alih2 dapat duit.....sape xnak woi...

Kalau nak cite pasal beliau nih mmg banyak, kalau nak kenal dgn lebih dekat lagi, baca la sendiri ye....boleh klik kat SINI.....

P/s: Dah ada idola baru....

20 September 2010

Kembali bekerja!!!!

Wah, cuti sakan ek aku tahun ni....hehe, takde la sakan sangat tapi tahun ni rasa lain skit sebab tahun ni aku ambik cuti lepas raya.....biasanya aku ambik cuti sebelum raya sebab nak puasa kat kampung....tapi sebab nursery adam tutup lepas raya, terpaksa la aku ikut cuti gak....

Hmm bila dah cuti lepas raya ni rasa mcm lapang skit la....nak nak lagi aku balik kl awal sebab incik suami dah keje....aku yg masih bercuti ni terpaksa la duk umah jadi surirumah sepenuh masa utk beberapa hari....hehe, best gak ek....

Pagi tadi masuk opis rasa sunyi je opis ni....mana semua org pegi? hairan bin ajaib betul.....sepatutnya arini semua dah keje....ada la 2,3 org je yg dtg...budak2 praktikal je....membe2 yg baik dgn aku pun xde....biasanya diorang dtg lebih awal dr aku....jammed ke?rasanya tak, sebab tadi aku datang jalan lengang je....diorang sambung cuti kot...huhu...arini takde kwn makan!!!huwaaa.....terpaksa la mkn sendiri2....

Bila dah masuk keje ni kena la rajin2 skit buat entri dan bw....barulah masyuk...kekeke....berblog pun x sampai setahun jagung lagi dah ckp pasal masyuk....hehe....bak kata Ben, hidup kena ada matlamat....tapi bukannya ramai pun yg singgah kat blog aku ni....masa minggu raya ari tu lagi teruk....satu hari nak dapat sorang view pun susah....huhu...sedih.....kena pertingkatkan lagi ni....kena banyak belajar lagi.....

17 September 2010

Sambung cuti

Dinginnya pagi ni....bangun pagi tadi belum hujan lagi....bila dah siap2 pakai baju semua, tiba2 hujan turun, lebat lak tu....hujan pagi2 cmni ni syok kalau sambung tido....incik suami lak bangun2 je tanya cmne nak pasang carseat adam hujan2 cmni? pastu terus sambung tido balik...sabar je la.....huhu harini terpakasa amik EL....bukan sebab nak sambung tido ye....tapi sebab kesian kat adam....takkan nak angkut dia tengah2 hujan lebat ni....kalau dia demam, akak gak yg susah...huhu...

Adam lak pagi2 lagi dah bangun.....aku ni kalau dia dah bangun, xde maknanya aku nak sambung tido balik.....sibuk la dia duk bising2 suruh aku bangun main dgn dia....pening kepala....ni dia tengah tido aku lak xde selera nak tido....aik, tido xde selera ke?

P/s: Harini cuti nak g mana ek???hehe....

16 September 2010

Cerita raya

Fuhhh....fuhhh....berhabuk sudah belog aku ni.....tuan rumah cuti raya, belog pun cuti gak....ye la, biasa aku update belog kat opis je....malas nak update kat umah sebab takde laptop lagi.....kat umah kan ada pc? tapi tu incik suami punya....dia 24 jam ngadap pc ni...aku dapat jenguk kejap2 je....(hehe..alasan nak laptop la tu)...

Malam semalam baru sampai dari kampung.....actually aku dah balik dari hari ahad lagi...tapi aku kena tinggal kat umah MIL dulu sebab incik suami dah kena keje hari senin....tahun ni sepatutnya giliran umah mertua, tapi disebabkan mak ngan ayah aku x tengok adam lagi, so kitorang kena la beraya kat kampung aku...hehehe...tapi sebelum balik kampung aritu kitorang dah singgah umah mertua dah.....ye la, umah dia otw je.....jadi, masa nak balik kl ahad lepas aku dgn baik hatinya bagitau incik suami suruh tingalkan aku dan adam kat umah mak mertua....kiranya beraya gak la.....fair kan??

Semalam mertua aku hantar aku balik kl sambil diorang dtg beraya kat umah adik-beradik diorang yg ada kat kl ni...aku n adam pun ikut la skali beraya sambil kutip duit raya...hehe...masa beraya kat gombak, kami singgah la lalu je  kat umah jutawan kosmetik yang femes sebab kes berprofil tinggi tu Datuk Sosilawati....besar gaban gak umah dia...pintu pagar dia je pun rasanya x mampu aku beli.....huhu...aku ada amik gambar umah dia, tapi malas nak tepek....huhu....

07 September 2010

Mood balik kampung

Harini last aku keje...mlm ni bertolak ke umah MIL, esok pepagi lagi pas subuh bertolak blk kampung.....yeay!!! agak2 dah setahun kot aku x balik....skrg ni duk teringat kat kampung je...macam dah xde mood nak buat keje.......dah masuk mood raya......sangat2 kepingin mau makan mak masak, murtabak best tu, sira pisang yg nenek buat, nekbat, dan bermacam2 lagi.....nyum3...(tu mknn time bln pose)....time raya lak makanan yg wajib ada kat umah aku ialah bihun goreng (tiap2 thn mesti mak aku buat..sejak dari aku kecik lagi smpi la skrg...xpenah miss...), satay home-made (pagi2 lagi bz duk bakar satay).....

Tahun ni rasa macam best skit sebab semua balik....kami 4 beradik memang blk....pastu makcik2 aku (yg lebih kurang sebaya aku gak) pun balik gak.....boleh bayangkan kemeriahannya....lagi tambah meriah dgn kehadiran orang baru dalam hidup kitorang.....sure ma ngan abah aku bertambah hepi....

Semalam dah siap2 packing baju2 aku....baju2 adam hari ahad lagi dah siap....balik nanti tunggu nak kumpulkan satu tempat, tengok brape byk brg nak bwk balik....sure penuh bonet dengan baju aku 1 beg besar, baju incik suami 1 beg kecik sudah, baju adam 1 bakul, susu ngan air panas 1 bakul, makanan (utk org x puasa....hehe), dan yg paling besar kena angkut skali buai si kecik tu...muat ke x xtau la kete comel aku tu....

Ok lah nak jenguk pantry jap....daaaa....

04 September 2010

SA penipu di butik terkenal

PENIPU!!! tu je yang paling sesuai utk SA kat butik terkenal tu......
Ceritanya macam ni....tadi aku pegi tukar tayar kete kat Klang.....then, on de way balik tu aku singgah la kat satu butik terkenal ni kat Shah Alam.....memang excited sangat sebab dah lama ngidam nak pakai jenama terkenal ni....lepas je parking kat betul2 depan kedai dia, my hubby hulur duit raya kat aku.....lagi la excited nak menyopping.....giler x suke....bukan senang hubby aku nak bg duit shopping....

Masuk2 je terus terkam tudung yg buy 1 free 1......tapi aku tak berkenan sangat sebab banyak saiz dah xde....kalau ada pun saiznya xkena ngan muka aku....terpaksa la lupakan tudung tu n cari tudung yg lebih mahal skit....masa aku pilih2 tu xde sorang pun SA yang tegur aku....apa diorg ingat aku xde duit ke nak beli??then, bila dia nampak je aku pegang tudung n bawak g tengok tudung lain, baru la ada yg mengekor....

Tengok dia punya price ok la...tapi kena beli 3 baru dpt harga tu....so, aku cari la lagi 2....then, aku tanya boleh campur x yg plain dgn yg printed?dia ckp blh.....aku pun amik la 2 plain n 1 printed.....n aku tambah lg 1 yg lain jenis (harga pun lain la....tu aku dah sedia maklum).......pastu aku tanya blh buat kad ahli x?dia ckp kad dah habis, tapi dia blh tlg adjustkan utk aku......ok la...mulut manis nak m*****s....

Then, bila g bayar, dia kira lain2 harga....yg plain lain, yg printed harga lain....so, aku x dapat harga utk offer 3 helai tu la....cilakak btl....apa lg, naik angin la aku....aku tanya knp kira lain....tadi ckp lain?pastu dia ckp mmg harga dia cmtu....SA yg duk mengekor aku tadi dah blah dari td lagi....yg duk depan aku ni SA yg nak mkn duit komisyen je....blh lak dia senyum kambing kat aku....kalau ikutkan, aku nak cancel je....tapi nasib baik boss (aku rasa supervisor kot) diorg dtg......dia bg harga tu n bagi sampul duit raya kat aku....konon nak rasuah aku la tu?cisss.....n lagi satu penipuan, aku mtk nak buat kad sebab tadi dia dah janji, tapi dia mcm xnak bagi.....siap srh aku dtg skali lagi tunjuk resit....nti dia buat sb time tu konon dah nak tutup kedai....tapi kalau aku dtg lagi sekali, aku x rasa dia akan bg aku buat kad.....lagipun aku xkan jejak kaki kat sana lagi dah....

Sangat2 x puas hati dgn layanan diorang tu....x padan dgn nama diorang yg femes tuh.....tapi dpt staff yg sibuk nak mkn komisyen je....sampai berebut2 nak mkn komisyen aku....dah la aku first time shopping kat situ, sekali dia buat taik kat aku.....aku x pasti la kat branch lain SA diorg sama ke x.....mungkin aku sorang je yg terkena cmni....??

Baru je nak happy sebab dah dapat apa yg dihajati......tapi.......huh....

03 September 2010

Semangat Yang Hilang

Hari demi hari....rasa macam dah makin malas....
xde semangat utk teruskan perjuangan ni.....
Macam dah ada rasa sedikit bosan terhadap apa yg aku buat ni......
Mungkin sebab output yg aku dapat amat mengecewakan......
Atau mungkin sebab alat yg aku gunakan utk tujuan tu dah tak relevan lagi.....
Atau mungkin juga aku tak mendapat sokongan yg padu dari org tersyg??

Hakikatnya aku dah penat memerah susu pakai pam manual.....
Aku betul2 mendambakan pam yg best ni....
Apakah aku dapat memilikinya?atau hanya menjadi wishlist aku je?

Aku tau aku bukannya fully BF....aku tau adam pun minum FM jgk....jadi mungkin pam yg best tu x akan kumiliki.....tapi aku rasa xde semangat nak pam manual sebab hasilnya cuma 3oz - 4oz je setiap sesi.....aku sgt kecewa.....

Dah bermacam cara aku buat utk tambahkan susu.....minum susu anmum, makan vitamin spt alfalfa, minum air longan bercampur kurma...sume aku telan.....tapi hasilnya tetap sama....

01 September 2010

Wardah top-up raya giveaway


Sempena raya yg bakal menjelma ni, Wardah nak bg top up free kat kita.....
Ye la kan time raya ni ramai la yg hantar sms ucapan raya....
Kalau dah habis kredit tu nanti Wardah akan tlg top up kan....(bagi yg layak)...hehe...

Simkad yg diguna
- Maxis 

GRAND OPENING GIVEAWAY by Butik Comey Sokmo

Jom join GA ni lak.....


GA ni anjuran Butik Comey Sokmo.....

Syarat2 nya boleh baca kat SINI....
Ada 5 hadiah yg akan diberi.....semuanya gojes ok....

Sebelum tu, kena jawab soalan suka suki senang lenang kt bawah:

a)Apa yg membuatkan anda rasa bergaya? (e.g:shawl cantik,mekap cun dll)
 - pakaian yg sesuai dan selesa, tudung yg cantik & matching dgn baju dan sudah tentu mekap yg cun.....
b)Pilihan hijab (e.g:shawl,tudung awning,style cmne etc..)
- tudung awning, syria n tudung bawal.....
c)Apa yg membuatkan anda tertarik nak beli barang dari sesebuah blog? (e.g:blog tu cantik,tuan punya blog sempoi dll)
- sudah tentu harga yg paling murah dr blog lain, barang2 yg cantik2 (cth tudung dgn design yg cantik)....

Ka-Ching PreLoved Nak Bg Duit Raya

Jom collect duit raya!!!!


Ka-Ching PreLoved RAYA GIVE AWAY!!!

Sempena raya ni Ka-Ching dan Lipat's Bundle nak bagi duit raya!!!

4 orang yang akan dipilih secara rawak untuk dapat
DUIT RAYA.....

Hadiahnye:-
1st Duit RAYA RM50!!
2nd Duit RAYA RM30!!
3rd Duit RAYA RM20!!
4th Duit RAYA RM10!!
 

Pemenang GiveAway akan diumumkan Sehari Sebelum Raye Yey!!~~ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...