Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.
Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan.
Sumber: Berita harian dan metro
Aku sebagai pengguna prepaid tegar sangatlah tak puas hati.....ada yang kata, "alah, apalah sangat 60 sen tu....kau bergayut lama-lama boleh lak..tapi nak bayar 60 sen pun berkira????" amboi, sesedap rasa, sesedap mulut je berkata-kata ye.....macam la kau tahu orang tu gayut lama-lama kan???
Walaupun hanya 60sen, tapi aku tak sanggup nak bayar lebih...kedai prepaid yang jual prepaid RM10.50 pun aku takkan beli sebelum ni....sanggup cari kedai lain yang jual RM10...ni nak naik 60sen lak....
Biasanya aku top up RM30, kena bayar lebih Rm1.80 la?? huhu....
Aku malas nak pakai line sebab aku bukannya banyak sangat buat call pun....buat rugi je bayar bulan-bulan....prepaid pun aku top up sebulan sekali....tu pun sebab airtime dah expired, tapi kredit banyaaaak lagi....
Orang kaya mungkin tak terasa sangat..... kesian la pelajar-pelajar dan mereka yang kurang berkemampuan ni...mereka pakai henfon sebab keperluan....






