Showing posts with label Kaki Wayang. Show all posts
Showing posts with label Kaki Wayang. Show all posts

18 March 2013

Menang tiket wayang Bola Kampung



Pernah tengok Bola Kampung?? ni first time aku nak tengok....

Tadi orang Suria fm call bagitau aku menang 4 tiket wayang cite Bola Kampung ni.....terkejut jugak la sebab aku ni jarang ada luck macam ni....hahaha....excited!! macam-macam aku tanya orang tu.....pening dia nak melayan.....haha....

Ari tu masa dengar suria fm diorang nak bagi tiket wayang free.....biasanya aku tak layan...tapi aritu saje-saje je la hantar sms.....nak perabihkan kredit.....filem apa pun tak kisah je.....lagipun wayang tu kat Paradigm Mall je pun......sekali, menang daa.....haha....

Kalau ikutkan malas nak pegi.....tapi nanti kang kena blacklist selama 3 bulan.....takpe la, pegi je la.....lagipun dah lama sangat kot tak tengok wayang......

Sape nak ikut?? ada 1 lagi tiket free......hehe......


25 July 2011

Tolong....awek aku pontianak!!!

Janji gua ada awek...Lu ada???

Dah tengok dah cite ni??? Tolong....awek aku pontianak!!! aku tengok masa lunch hour hari jumaat lepas......tak reti nak review apa....yang pasti, cite ni memang kelakar habesss.....tengok tajuk pun dah tahu kelakar kan....




Ni aku ambik sedikit review dari Budiey.com
Bob (Zahiril Adzim), orang kata dia loser tapi dia ni sangat baik, lurus bendul, naïf tapi sering dibuli oleh rakan sepejabat. Mempunyai rakan serumah bernama Pian (Sufian Mohamed). Watak Pian ni kelakar la....Bob sering bernasib malang bukan saja berkenaaan dengan kerja, kehidupan seharian malah sering gagal dalam percintaan.

Faizal (Rashidi Ishak) teman sekerja Bob, dan juga anak bos tempat Bob bekerja. Dahlah tak pandai buat kerja, hanya pandai menggunakan kuasa sebagai anak bos. Sering mempergunakan Bob dalam urusan kerja. Kesian…Bob.

Suatu hari, Bob kenal dengan seorang wanita; Maya (Sazzy Falak), sangat cantik, comel dan baik hati. Bob mula terpikat pada Maya. Tapi Maya ni Pontianak, Bob tak tahu pun yang bakal awek dia ni Pontianak. Lagilah kesian kat Bob.

Sehinggalah ada satu peristiwa yang mana bob tahu siapa maya sebenarnya......nak tahu peristiwa apa, kena la tengok sendiri....

Bagi aku cite ni best sebab boleh buat orang ketawa terbahak-bahak dengan lawaknya....boleh la release tension....


P/s: Bila la baru berpeluang tengok Transformers lak ni????

20 June 2011

Filem KL Gangster | Review cara aku

Masa rehat panjang hari jumaat lepas aku dan geng gagak hitam g tengok wayang cite KL Gangster yang tengah hangat di pasaran tuu....actually tak plan pun nak g, tapi pagi tu budak-budak opis kecoh duk bercerita pasal cite ni....duk kata best la...rugi tak tengok la...tengok sekali, rasa nak tengok lagi la...hmm..kitorang apa lagi?? memang tak bleh blah la kan?? teruja nak tengok gak la....




Ok, ni sedikit review filem KL Gangster ni mengikut cara dan pandangan aku...

Antara pelakon utama filem ni ialah Malek (Aaron Aziz), Jai (Adi Putra), Shark (Syamsul Yusof), Ajib (Sofi Jikan) dan abang Long Fadil (Zizan Raja Lawak)....malek merupakan seorang taiko besar dan berpengaruh....tapi dia telah dimasukkan ke dalam penjara angkara shark...selepas 5 tahun, dia dibebaskan dan dah insaf....dah cuci tangan katanya....tapi bila dah namanya gangster, memang tak boleh lari la....tetap gak jadi buruan gangster-gangster lain....

Jai merupakan adik malek....dia pun seorang gangster yang tak takut mati....dia seorang yang tamak dan terlalu mementingkan duit sehingga sanggup membunuh abang sendiri....tapi, dalam jahat-jahat dia pun, ada jugak perasaan kesian bila tengok budak-budak yang tidur tepi jalan....

Bagi aku, kekuatan filem ni adalah pada aksi lawan-lawan....tak payah la nak bandingkan filem ni dengan filem luar..memang banyak la perbezaannya...tapi tetap boleh dipuji.....watak malek dan jai memang cool bila berlawan....ada ke gangster yang hensem macam malek ni?? 

Watak zizan raja lawak paling mencuit hati....boleh membuatkan suasana tegang jadi tak terlalu serius...memang satu panggung ketawa berdekah-dekah dengan lawak zizan ni.....you did a good job zizan!!!
Mungkin cite ni akan ada sambungan....tapi rasanya akan ada flashback di mana cerita sebelum malek masuk penjara....mungkin cite masa malek jadi gangster.....(eii, tapi tak sanggupnya tengok aaron jadi jahat)...

Filem ni sangat tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak sebab banyak aksi gaduh-gaduh, pecah sana pecah sini, darah sana darah sini (of course la kan, nama pun cite gangster)....

Lagipun banyak gak keluar ayat macam  "sial la lu" (ayat ni tak perlu teeeet ke?)....takut jadi ikutan...

Yang lain-lain kena tengok sendiri la...aku review secara overall je....hehe...

P/s: Kat tengah2 cite tiba-tiba tape tu rewind balik....takkan panggung pun tayang cite cetak rompak?? konfius aku....

21 March 2011

Jom tengok Filem Hikayat Merong Mahawangsa (Review)


Actually dah lama aku tak tengok wayang......
Rasanya lepas kawin ni kali kedua la aku masuk wayang lepas cite khurafat....
Tu pun tengok dengan member ofis time lunch hari jumaat....
Kalau zaman couple dulu boleh dikatakan aktiviti wajib kami setiap malam rabu.....
Sebab malam rabu murah sikit compare dengan weekend ....muahaha....

 Filem Hikayat Merong Mahawangsa ni memang aku naaakkk sangat-sangat tengok.....
Sebab aku tau hasil air tangan KRU brothers ni memang malatopsss (dari segi teknik CGI nya la)....
Lagipun aku dan encek suami memang minat habess dengan diorang ni...boleh dikatakan kipas susah mati gak la....
Tapi sayang, tak berkesempatan tengok wayang bersama-sama lak....huhu....

Ternyata filem ini tak mengecewakan aku....
Walaupun ada sikit kurang sana sini, tapi still boleh dapat pujian lagi....
Ye la, bukan senang nak hasilkan filem epik macam ni.....
Bangga beb filem melayu macam ni....

Review filem ni pada kaca mata aanie:
  • Masa mula-mula tengok tu ada la sedikit feel tengok cite ala-ala omputeh....lagipun awal-awal filem tu diorang cakap dalam english dan cina.....dan scene dia pun memang lawa dan kena dengan zaman dulu....diaorang punya costume perang pun ok...
  •  Banyak dialog yang kelakar pada part yang tak kelakar....yang paling best dialog khir rahman sebagai kamawas time nak rogol princess tu la...hahaha...sengal....
  • Bab yang paling tak logik bila cermin yang memantulkan cahaya matahari boleh buat perahu terbakar....puas jugak aku duk fikir camne proses tu jadi....
  • Kenapa askar semua kurus-kurus??abg ketul-ketul tak de ke?
  • Part paling sedih bila prince tu kena tikam dan jatuh ke laut....time tu la hujan turun....sedih tu...sian princess....baru je tangkap cintan dengan prince tu...
  • Time tengah syok tengok tu, ada gangguan bunyi lak...sound dia jadi slow tiba-tiba...heran.....

Kesimpulannya, korang memang patut tengok filem ni untuk rasai sendiri hebat ke tak hebat filem ni....
Tapi bagi aku, filem ni harus diberi pujian....
Tahniah KRU sebab menghasilkan sebuah filem yang boleh dibanggakan.....

PEACE.....:)


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...