Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

25 May 2012

AZAB MENINGGALKAN SOLAT

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Asar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.


Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: "Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu". (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal - Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi hal 107.

22 May 2012

Paradigm Mall, Kelana Jaya

Paradigm Mall ni terletak di Kelana Jaya......dekat je dengan opis aku......setiap hari lalu sini mesti tanya bila la nak siap ni......dah tak sabar-sabar nak berjimba-jimba kat sini......setiap jumaat confirm jumpa muka budak-budak opis kat sini....maklumlah, kat KJ ni mana ada mall sebelum ni......kekeke......

Paradigm Mall akan dibuka mulai esok 23 Mei 2012.......ada banyak kedai yang best kat sini antaranya ialah Tesco (sukerrrrr!!!), Focus Point, Harvey Norman, Popular, Padini, Charles n Keith, Toy 'R Us dll.....ohh ya, ada panggung wayang GSC jugak .......Sabtu dan ahad ni diorang buat opening ada artis Faizal Tahir dan Shila Amzah dan beberapa artis cina.....best...nak jumpa Faizal tahir....





 dari level 2


 dari level 5





bagi yang nak ke sana, boleh ikut jalan ni....

Parking rate: RM 1 for the first 4 hours on weekdays, RM 2 for the first 4 hours on weekends, subsequent hour is RM 1 (sumber)

Mengikut twitter Paradigm Mall, ada free bus shuttle dari LRT Kelana Jaya ke Paradigm Mall....bestnya.....


P/s: Semua gambar dari sumber yang dinyatakan.....tunggu gambar dari aku lak bila sempat melawat ke sana......^_^

03 May 2012

MasterChef Selebriti Malaysia di Astro Ria


Buat julung kalinya, Malaysia bakal dipertontonkan dengan keletah serta aksi selebriti tanah air di dapur dalam program MasterChef Selebriti Malaysia yang akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) mulai 26 Mei ini.

Selain berpeluang melihat keletah mereka, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata program tersebut merupakan hiburan amal yang mana seramai 16 selebiriti akan berentap untuk menyumbang wang yang mereka menangi kepada badan-badan amal.

Antara selebriti tanah air yang bakal terlibat dengan program tersebut termasuklah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan, Azwan Ali dan Louisa Chong.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan 16 orang selebriti tersebut, Raqim memberitahu tidak semua yang dipilih mempunyai kepakaran dalam bidang masakan sebaliknya ramai yang mahu mencuba bidang masakan.

"Proses pemilihan setiap barisan selebriti terlibat ini dilakukan dengan memngambil kira banyak elemen-elemen penting".

"Antaranya, termasuklah pengetahuan mereka dalam bidang masakan, kemahuan untuk mencuba sesuatu yang baru, latar belakang yang berbeza dari segi peringkat umur, bangsa serta bidang yang mereka ceburi".

"Ini adalah pening bagi memastikan produksi kami dalam mengumpulkan sekumpulan selebirti yang menarik dan pastinya mempunyai nilai-nilai komersial untuk menambat hati para penonton," tambahnya lagi.

MaterChef Selebriti yang baru sahaja memulakan penggambaran pada 27 Mac, bakal bersiaran di Astro Ria setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam 9 malam bermula 26 Mei 2012.

MasterChef Selebriti Malaysia bakal ke udara selama empat kali seminggu selama 28 episod.


P/s: Tak sabar nak tengok.....^_^


Source: Murai

21 February 2012

5 Makanan penyebab kanser

Info ni aku dapat dari fb lecturer aku (jangan tak tau aku friend-friend dengan dia kat fb)....hiks...dia share info ni kat wall dia....disebabkan aku percaya dengan info ni (sebab lecturer aku pun share jugak), aku share la dengan korang jugak....



So, kurang-kurangkan lah ye.......peringatan untuk aku jugak ni.....huhuhu.....takottt....



Benda sedap tak semestinya sihat.......

20 July 2011

CIUM ANAK DAPAT PAHALA


 
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya..

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Credit: Blog teh secawan

07 July 2011

Buah salak | Snake fruit

Korang pernah makan buah salak tak? buah salak (dalam bahasa kelantan panggil salok) ni merupakan salah satu buah favourite aku....kalau balik kampung memang akan cari buah ni....tapi susah gak nak dapat buah ni...tak sure ni buah bermusim ke tak..heehe..nampak sangat tau makan je kan??

Biasanya kalau mak aku beli sekilo, maknanya sekali hadap je la....hehe...tambah-tambah kalau kena yang manis kemain, memang tak tinggal kat orang belakang dah la....tapi memang aku sorang je yang suka makan salak ni...orang lain setakat rasa je...

Kat kl ni agak susah gak la nak jumpa orang jual buah salak ni....kalau ada pun mahal....dulu pernah jumpa kat chow kit...tapi, nak pegi chow kit semata-mata nak beli salak tu memang tak la...huhu..tapi, ahad lepas masa aku g pasar malam dekat area rumah aku ni terjumpa la makcik jual buah salak....

Mula-mula, takut gak nak beli..takut dia jual mahal....sebab kat chow kit dulu dia jual RM10 sekilo....huhu..kalau kat kelantan boleh dapat 3 kilo tau....nasib baik dapat RM4 sekilo....wah, murah!! tunggu apa lagi? pilih la..adam pun sibuk gak nak pilih sama....


manis sangat...sekali hadap je nih......hehe...


Info salak:

Salak adalah sejenis palma dengan buah yang biasa dimakan. Dalam bahasa Inggris disebut salak atau snake fruit, sementara nama ilmiahnya adalah Salacca zalacca. Buah ini disebut snake fruit karena kulitnya mirip dengan sisik ular. (wikipedia)

Buah Salak mempunyai rasa yang manis atau masam-masam manis dan kelat sedikit biasanya dimakan dalam keadaan segar tetapi boleh juga dibuat jeruk. (wikipedia)


P/s: Harus ku pergi lagi pasar malam cari buah ni....hehe..^_^

16 June 2011

Kena hack dengan anonymous | Hati-hati

Assalamualaikum.....



Pagi ni dikejutkan dengan seorang kawan ku, lady dyla yang blog dia kena hack dengan anonymous....serius takut...sape tak sayang blog woi....segala penat lelah sampai ada yang sanggup bersengkang mata mengadap blog, update entri siang malam berkubur cam tu je....tak sanggup kot....

Hackers ni hack blog dla siap buat entri kena hack lagi....tapi alhamdulillah, setelah berunding dengan diorang, akhirnya diorang bersetuju bagi balik blog dla dengan syarat tukar password yang lebih susah....sebab dla pakai password digit je....

Antara sebab blog dla kena hack

PASSWORD TOO EASY !
Lebih malang lagi...
Facebook-same password.
google email -same password.
blogger -same password.

Jadi diingatkan kepada semua, TUKAR PASSWORD KORANG KEPADA GABUNGAN DIGIT DAN HURUF DAN SIMBOL.....supaya susah skit orang nak hack...

Kalau nak tahu cerita lanjut, sila la ke blog beliau....

Wahai hackers, jangan la ganggu kami.....kami tak kacau korang....

P/s: Ntah-ntah fb aku tak leh bukak ari tu gara-gara hackers gak kot....huhu...

24 May 2011

Secret Recipe tak halal?? | Jawapan dari SR

Semalam heboh pasal Secret Recipe tak halal, ada DNA babi.....bagi yang dah makan, benda tu dah jadi darah daging pun...tapi SR dah pun memaklumkan maklumbalas terhadap isu ini....ni aku copy paste dari fb SR sendiri.......


Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut : 

  

 P/s: Jadi, tepuk dada, tanya selera......


10 May 2011

PETUA MENGASIHI ISTERI


 
Info ni sangat sesuai untuk para suami dan bakal suami untuk dipraktikkan dalam rumahtangga...tunjukkan kasih sayang anda kepada isteri....isteri anda pasti sangat menghargai usaha murni anda ini.....juga untuk renungan encek suami (kalau dia baca ini entri)..hehehe......

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Sekali sekala tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.


Kata aanie: hmm, banyak yang encek suami dah praktikkan....cuma no 16 tu hakak je la.....dan kan best kalau dapat praktikkan yang no 20 tu....hehehe....


Source: Sini
 

08 February 2011

Tips: Apa yang perlu dilakukan jika anak keracunan makanan??

Muntah, sakit perut dan cirit-birit merupakan gejala biasa setiap kali anak mengalami keracunan makanan. Punca utama keracunan makanan ialah memakan makanan dan minumam yang tercemar dengan bakteria berbahaya, bahan kimia atau bendasing.

Bakteria yang biasa menyebabkan keracunan makanan ialah E. coli, Salmonella, Shigella dan Staphylococci. Bakteria-bakteria ini memang ada dalam daging mentah, produk tenusu, ikan dan telur. 

Biasanya gejala radang perut dan usus ini muncul selepas 3 hingga 24jam mengambil makanan tercemar itu.

Ini sedikit info mengenai cara yang boleh dilakukan jika anak keracunan makanan sebagai rujukan saya di masa depan....

  1. Jangan beri anak makan makanan pejal selagi dia belum berhenti muntah.
  2. Beri anak minum air kerap tetapi dalam kuantiti kecil bagi mengelakkan dia dehidrat.
  3. Sekiranya anak tidak suka minum air, anda boleh juga beri anak makan buah tembikai.
  4. Jika anak sudah berhenti muntah, beri dia makan makanan yang mudah dihadamkan spt nasi, gandum, kentang, roti dan bijirin.
  5. Boleh juga beri anak makanan lembut seperti dadih dan jeli.
  6. Imbas kembali makanan yg anak anda ambil dalam tempoh 24 jam sebelum dia mengalami keracunan.
  7. Buang semua makan yg dirasakan berpotensi menyebabkan keracunan seperti daging, ikan, produk tenusu dan roti.

source: majalah pa&ma bulan februari.

27 December 2010

Tips: Cara nak muncungkan inner

Cara nak muncungkan inner syria/shawl supaya muka tak nampak bulat!!!
 Dah lama dah nak buat tips ni...tapi asyik tertangguh je...
Rasanya dah ramai kot yang tahu or dah buat tips ni....
Tapi takpe la, saja nak memeriahkan dunia blog...hehe..
Bagi yg dah tahu, duk diam2 kat tepi ye...:)

Caranya simple je....
Mula-mula sediakan penetas/gunting, jarum dan benang mengikut warna inner tu..(kalau nak kaler lain pun takpe...tapi kalau tak cantik, jangan salahkan aku ye...)
Then, ambil penetas (kalau takde penetas, pakai gunting pun boleh) tetas hujung inner tu sedikit demi sedikit...
Ingat, tetas skit2 je dulu....pastu try...tetas lagi, try sampai la inner tu jadi muncung...

contoh inner yg dah ditetas....

Lepas dah rasa selesa dgn kemuncungan inner tu, boleh la dimatikan jahitan tersebut....
Takut nanti terburai lak....hehe...
Hasilnya??
Ni gmbr sebelum(terserlah keboolatan muka ku)
Lain-lain gambar klik kat sini.....

semestinya tuan punye blog la jadi model.....:)


ni lak gmbr selepas..menggunakan inner yg sama...(ok skit la kan..kekeke)



Tapi kan, ada lagi satu cara lain yg lebih senang....
Ni bagi yg malas dan tak suka jarum dan benang macam aku ni....

Caranya, beli la inner yg lebih lebar atau yg memang dah ada awning....

inner ni lebih lebar dari inner biasa...


nampak tak perbezaan antara inner lebar dgn inner biasa?

contoh pakai inner yg lebar...tak perlu tetas2 lagi...:)

Selamat mencuba!!!!

22 December 2010

Kalendar gaji 2011

en google punye...klik utk membesar dgn lebih sihat....
 Nak masuk tahun baru je benda yg paling orang berebut ialah kalendar tahun baru...
Ye la benda free kan....sape taknak...nak nak lagi kalau dapat kalendar dari company yg besar2 dan tersohor....rasa macam bangga je dapat kalendar tu...
Itu baru dapat kalendar..kalau dapat keje kat company tu ke...lagi la vangga...
Kadang-kadang tu, kalau beli barang banyak2 or mahal2, mesti nak mintak kalendar....hahaha...
Sebabnya kalau beli kalendar baru rasa macam tak berbaloi je...
Sebab nanti orang bagi gak...huhu...

Kalau dapat kalendar baru, perkara pertama yg aku suka tengok ialah hari-hari cuti....
Suka check hari cuti perayaan or cuti yg melibatkan aku jatuh hari ape...
Berharap sangat cuti jatuh hari isnin or hari bekerja...hehe...
Kalau tiap2 bulan ada cuti, seronok sangat2...konon dapat la cuti sebulan sekali kan..wakaka..
Especially cuti raya la kan...kalau dapat sambung cuti selama seminggu, bestnya...nak nak lagi utk perantau macam aku ni....

ni plak kalendar gaji utk tahun 2011...nampak macam sama je...tak dibayar awal...ok la...xde la rasa kejap jadi orang kaya baru, kejap jadi orang pokai...huhu....

P/S: Agak2 dapat tak bonus tahun depan??? Ceupacs, tolong fight utk kitorang lagi ye...mekasih....

26 November 2010

Apa nak buat bila lampu Check Engine menyala???


Korang pernah tak mengalami situasi macam ni?
 Lampu Check Engine menyala!!
Tengah syok-syok bawak kete, sekali lampu enjin ni menyala lak...
Aku pernah gak beberapa kali jadi camni...
Mula-mula takut gak...
Dah la taktau apekebendajadahnya ni....
Kalau lampu hand break ke pintu tak tutup rapat ke tau la kan...

Pagi tu masa on the way ke ofis, lampu ni menyala lagi...
Sampai je ofis, aku tanya la akak kat ofis aku ni....
Dia cakap tu lampu enjin....ada something wrong kat enjin tu...cuak dah aku...
Pastu semalam dia emel aku pasal ni...hakhak...pantas bertindak...


Ini antara isi perut kandungan emel berkenaan...

Simbol ini dipanggil second generation on-board diagnostics (OBD-II) mula diperkenalkan sejak tahun 1996. OBD digunakan untuk mengurus dan mengawal operasi enjin supaya enjin berfungsi dengan efisyen dan memaklumkan bila perlu diservis.

Bila kunci dihidupkan lampu “Service Engine Soon” or “Check Engine” akan menyala kerana OBD akan semak kerosakan. Lampu akan padam apabila tidak ada masalah dikesan.

Apabila lampu OBD nyala semasa memandu. – menunjukkan kenderaan mungkin mengalami pembaziran petrol, jangka hayat enjin pendek atau menyebabkan pencemaran udara yang berlebihan.

Apa tindakan perlu buat bila lampu menyala
a. Jangan panik
b. Pastikan penutup tangki minyak petrol tidak longgar atau hilang. Sentiasa matikan enjin apabila mengisi petrol.
c. Jika lampu masih tidak padam lagi untuk perjalanan singkat, cuba tukar penutup minyak petrol yang baru ataupun ketatkan lagi serta hantar kereta untuk disemak pada mechanic yang bertauliah. Jangan biar lama ia akan merosakkan kereta anda.

Jika lampu OBD berkelip – masalah yang besar mungkin berlaku perlu diambil tindakan segera. Anda boleh memandu lagi tetapi cuba meminimumkan perjalanan. Jangan cuba memandu laju atau membawa beban yang berat.

Apa mekanik akan buat – untuk tujuan menguji OBD pada kereta mekanik perlu ada alat OBD scan untuk mendianogsis masalah. Mekanik akan menyambung alat kecil pada penyambung biasanya di bawah dashboard untuk download maklumat masalah yang dihadapi. Mekanik akan membaiki kerosakan yang dijumpai. OBD membantu mekanik memudahkan kerja pembaikan kenderaan. Olah itu pasti anda bawa kereta ke kedai yang ada alat OBD scan.

23 September 2010

Kesan rumah hijau

 Tiba-tiba terpanggil utk buat entry pasal kesan rumah hijau ni....ni semua gara-gara incik suami la....tiap2 hari duk tanya aku apa kebendanya kesan rumah hijau nih....tiap kali tengok kat tv pasal kesan rumah hijau ni, tiap kali tu la dok tanya2 aku....dulu penah la jgk belaja pasal benda nih...tapi sejak dah lama meninggalkan bangku sekolah ni, dah ingat2 lupa lah...yg aku ingat, rupa rumah hijau tu je kot....kekeke....

Ni terpaksa la aku study balik utk present kat incik suami.....time kasih en google.....

Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Rumah hijau, atau rumah kaca ialah satu bangunan yang diperbuat daripada kaca atau plastik yang membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal. Haba dari cahaya matahari yang menembusi strukturnya yang lutsinar memanaskan tumbuh-tumbuhan dan tanah di dalamnya. Selain itu, udara di dalamnya turut dipanaskan dan kekal tanpa boleh terlepas keluar daripada bangunan ini.

Bangunan ini dibina dalam pelbagai bentuk dan peranan. Dalam industri asa tani, misalnya, ia dibina dengan saiz yang besar dan dilengkapi pelabagai peralatan moden bagi mengawal dan menggalakkan pertumbuhan tanaman di dalamnya. Kaca atau plastik yang digunakan pula bekerja sebagai bahan perantaraan yang membenarkan perpindahan (atau "pembebasan") sinaran pada frekuensi tertentu. Kesannya ialah, tenaga yang masuk "dijerat" di dalamnya untuk memanaskan tanaman, dan tidak boleh keluar bebas daripada rumah hijau ini.
Rumah hijau sering juga digunakan dalam industri seni taman dan juga untuk tujuan penyelidikan.

Proses kesan rumah hijau

Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...