Showing posts with label TV. Show all posts
Showing posts with label TV. Show all posts

02 July 2012

Pengaruh wipeout

Adam memang suka sangat tengok wipeout.....pastu gelak-gelak bila tengok orang tu jatuh.....dia bukan cakap nak tengok wipeout, tapi cakap nak tengok JATUH......hehe....

Petang masa balik keje aritu bukak la wipeout......sekali, malam tu dia masuk bilik punggah pampers-pampers dia bawak keluar......ingatkan nak buat apa, tapi nak buat ini......


 main game macam wipeout......




dia tiru game mula-mula macam yang ni......




start.....



 lari...lari....



 jatuh......


Sebijik tiru wipeout......dalam hati "ish, budak ni ....suka sangat meniru......"
Nasib baik mama tak minat wrestling......kalau tak, habisla.......huhu....



budak notti mama......


03 May 2012

MasterChef Selebriti Malaysia di Astro Ria


Buat julung kalinya, Malaysia bakal dipertontonkan dengan keletah serta aksi selebriti tanah air di dapur dalam program MasterChef Selebriti Malaysia yang akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) mulai 26 Mei ini.

Selain berpeluang melihat keletah mereka, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata program tersebut merupakan hiburan amal yang mana seramai 16 selebiriti akan berentap untuk menyumbang wang yang mereka menangi kepada badan-badan amal.

Antara selebriti tanah air yang bakal terlibat dengan program tersebut termasuklah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan, Azwan Ali dan Louisa Chong.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan 16 orang selebriti tersebut, Raqim memberitahu tidak semua yang dipilih mempunyai kepakaran dalam bidang masakan sebaliknya ramai yang mahu mencuba bidang masakan.

"Proses pemilihan setiap barisan selebriti terlibat ini dilakukan dengan memngambil kira banyak elemen-elemen penting".

"Antaranya, termasuklah pengetahuan mereka dalam bidang masakan, kemahuan untuk mencuba sesuatu yang baru, latar belakang yang berbeza dari segi peringkat umur, bangsa serta bidang yang mereka ceburi".

"Ini adalah pening bagi memastikan produksi kami dalam mengumpulkan sekumpulan selebirti yang menarik dan pastinya mempunyai nilai-nilai komersial untuk menambat hati para penonton," tambahnya lagi.

MaterChef Selebriti yang baru sahaja memulakan penggambaran pada 27 Mac, bakal bersiaran di Astro Ria setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam 9 malam bermula 26 Mei 2012.

MasterChef Selebriti Malaysia bakal ke udara selama empat kali seminggu selama 28 episod.


P/s: Tak sabar nak tengok.....^_^


Source: Murai

17 April 2012

Adam vs Wipeout

Assalamualaikum.....


 asyikkk......










Adam memang pantang tengok air, tak kira la kat kolam ke, pantai ke, mana-mana la mesti dia excited......waima air tu kat dalam tv pun dia excited.....rancangan yang paling adam suka tengok cite Wipeout.......sebab cite tu main kat dalam air.....dah tu bila tengok orang jatuh, dia gelak-gelak cakap jatuh......hahaha.....


Cite ni best sebab macam-macam peel peserta yang sengal......rasanya adam ni terkenan kot sebab masa mama pregnantkan adam dulu mama suka tengok wipeout......bila adam dah keluar, adam lak suka tengok.....^_^ 


 big balls ni kejam.....


yang ni pun laaagi kejam.....haha....


Kalau ada Wipeout Malaysia ingat nak try la.....

15 March 2012

Lawak ke der?


Dah tengok dah cite "Lawak ke, der" ni? cite ni memang serius kelakar tak hengat punye....nak-nak lagi bab si Jozan tu.....

Cite ni main kat Istana Budaya, tapi aku tak pegi sampai ke sana la....ada anak kecik, susah......


Mula-mula keluar si Nabil (pakai legging wife dia tu) menari.....part tu pun dah kelakar......

Look at the perut Harith,
Look at the hidung Jozan,
Look at the telingaku yang capang
Look at the gigigigi Osbon.....
(lebih kurang camtu la lirik dia....tak hapal sangat)
 


Bila keluar Jozan, lagi la.....diorang sendiri pun tak tahan gelak sampai tutup-tutup muka....

Antara dialog yang aku ingat:
"Siew Ling, ke belakang sikit"
"SPM!! SPM!! SPM!! SPRM"

 Jozan


Part boboi lawak jugak la kadang-kadang.....:)
Aku tak tengok Maharaja Lawak (sebab tak langgan astro mustika tu).....terpaksa buat-buat faham part boboi ni.....

 boboi


Part Harith Iskandar pun aku suka...lawak yang cukup sinis lagi selamba....^_^

Harith


Sesapa yang belum tengok lagi, sila la berbuat demikian.....^_^ 
Kat tenet ni pun berlambak boleh download.....kekeke....

All pic from google....

13 January 2012

Pasangan 10


Assalamualaikum.....

Malam tadi tengok Semanis Kurma kat TV9 tajuknya Pasangan 10.....mula-mula, tak paham apa yang Pasangan 10 ni? sebab setengah jam yang awal aku tengok TV al Hijrah......30 minit bersama Ustaz Don......tapi, lama-lama barulah faham.....rupa-rupanya pasangan yang berbeza bentuk fizikal....sorang kecik, sorang besar.....(huhu....terasa.....)

Aku ni memang dikurniakan dengan badan (rangka) yang besar sejak kecik lagi.....dalam hidup, aku tak pernah merasa kurus.....masa sekolah, aku la manusia paling besar kat sekolah...selalu kena ejek....sakit hati tak payah cakap la....

Bila dah masuk U, barulah aku start diet....makan ubat diet, kurangkan nasi, tak makan malam etc.....tu pun dah tahun ketiga kat U....jeles tengok kawan-kawan semua dah ada bf....malam kuar dating.....weekend lesap....huhu....

Bila dah diet tu sempat la merasa kurus kejap....
Baru la ada laki yang nak dekat....


Apa kaitan semanis kurma dengan cite aku ni?? tak de kaitan pun......^_^


Aku cuma nak bagitahu:
  1. Jangan kutuk atau mengata bila jumpa pasangan 10 ni......diorang sendiri pun tak nak badan camtu......orang gemuk pun ada perasaan gak....
  2. Si suami/isteri yang ada isteri/suami yang badan besar, jangan la pandang rendah atau nak jadikan alasan nak cari lain...sebaliknya bantulah pasangan untuk turunkan berat badannya.....tolong beli ubat diet ke, sponsor pegi gym ke....tak gitu?? 


P/s: Kalaulah boleh tukar perut dengan hubby....makan banyak mana pun tak gemuk-gemuk.....

24 October 2011

MasterChef Malaysia

Seronok jugak layan cite MasterChef Malaysia ni....cite ni tak poyo sangat dengan adegan nangis-nangis walaupun ada sikit-sikit diorang nangis, tapi agak tak keterlaluan la....tapi, episod lepas ni aku tak tahu lah......

Cite ni baru je tayang 2 episod kat Astro Ria....aku ingatkan seminggu sekali, rupanya setiap hari Sabtu-Rabu pukul 9 malam....hehe...ok la tu...ada gak cite best kul 9...


Sinopsis
Masa episod pertama, peserta kena memotong dadu bawang besar....nampak macam senang, tapi ramai yang failed sebab kena menepati standard yang diorang dah tetapkan....

Masa episod kedua, peserta kena asingkan telur kuning dan telur putih....masa aku tengok rancangan memasak apa ntah, dia asingkan pakai tangan je....pecahkan telur, pastu celup tangan amik telur kuning......macam geli la pulak.....tapi, kat masterchef ni ada cara lain rupanya.....

Peserta yang gagal, kena buat cabaran lain lak iaitu memukul telur hingga kembang dan tak jatuh bila terbalikkan mangkuk....wah, gitu...baru ku tahu...kekeke....


Peserta

40 peserta yang terlibat

Antara peserta tu aku kenal 2 orang ni iaitu Ary Malik (pelakon) dan Zery Zamri (pereka fesyen)....


P/s: Bila tengok rancangan memasak ni rasa semangat berkobar-kobar nak masak....kekeke......


08 September 2011

Drogba vs Rooney

Malam tadi kat astro ada tayang cite Drogba dan Rooney ni.....aku ingatkan cite pasal dua pemain bola ni....macam biografi ke apa..tapi bila tengok info rupa-rupanya cite lawak yang dilakonkan oleh Johan dan Zizan Raja Lawak.....bila dah dua orang ni yang berlakon, dah tentu-tentu lah cite lawak kan...


Gambar ambil kat sini


Cerita ni mengisahkan Johan (peminat Drogba dari Chelsea) dan Zizan (peminat Rooney dari Manchester United) yang sangat meminati Liga Perdana Inggeris (EPL)...mereka menyimpan angan-angan untuk pergi ke London menyaksikan pasukan mereka secara live.....

Mereka telah menubuhkan Tabung EPL dengan melakukan bermacam-macam kerja.....setelah 10 tahun mengumpul duit, mereka berjaya juga ke london tapi tak dapat tengok perlawanan secara live juga sebab tiket dah habis......

Di london juga, mereka terpaksa menubuhkan Tabung Balik Malaysia pula bila mereka terlepas flight gara-gara tertidur.....

Tapi last cite tu macam tergantung.....sedar-sedar, eh?? dah habis???

Cerita ni sumpah kelakar.....aku tengok pun memang tak tahan gelak macam nak pecah perut...adoi...good job Jozan....


P/s: Aku tak minat EPL tapi aku ada baju Lampard (Chelsea)...boleh gituuu???

22 July 2011

Berebut rancangan tv

Setiap hari isnin-khamis mesti ada cerita bersiri kat tv yang best aka boleh layan la....slot akasia tv3 memang favourite aku sejak dari first drama lagi iaitu manjalara sampai la sekarang aku tak pernah miss tengok slot ni....tak kisah la tajuk apa pun...layan je....

Dulu rancangan ni start dari 6.30-7.30 petang.....jadi, lepas balik keje, mandi dan solat, terus la mengadap tv.....sekarang ni dah tukar waktu lak....kul 7-8 malam....tak suka tau....ganggu time solat maghrib...lagipun kalau nak keluar makan malam, kena tunggu lepas pukul 8...huhu......

Tapiii, bukan ni yang aku nak ceritakan....tapi ada kena mengena jugak la...aku kan feminat slot akasia....sekarang ni tengah hot cite Dewa Cinta lakonan Fasha Sandha dan Ikram Dinzly.....dalam masa yang sama lak kat astro ria tengah hot cite Kawin Masal lakonan Agnes Monica....

Yang jadi masalahnya ialah cite dewa cinta aku nak tengok.....cite kawin masal encek suami nak tengok...maklomlah, dia ni feminat si agnes tuuu....nyampah...(hikhik, jeles..)..jadinya, terpaksa la kitorang berebut remote astro tuuu....kalau time pukul 7 je dia buat-buat lupa nak tukar channel.....kadang-kadang siap sorok remote lagi..huhu....

Nasib baik adam tak reti tengok kartun lagi....kalau dia reti, mesti dia pun nak berebut gak.....boboiboy la, upin ipin la, ben 10 la, ceria (ni channel febret anak buah aku...)....huhu..fengsan mama....


Dewa Cinta


vs


 Kawin Masal

vs

 Boboiboy


Hikhik...^_^

06 July 2011

Kum Kum the series episod akhir



Menanti dengan penuh debaran...malam tadi berakhirlah cite Kum Kum the series ni....terjawab sudah kenapa dalam telemovie kum kum, mak hitam (didie alias) adalah mak kepada mawar (marsha)....dan macam mana yusof (Sharnaaz Ahmad) boleh tinggal bersama mak hitam dan mawar...

Penceritaan cerita ni ternyata kemas sebab susah nak ramalkan ending cite ni....maksud aku, macam mana didie alias boleh jadi mak mawar...macam mana yusof boleh tinggal dengan mawar dan mak hitam...macam mana yusof boleh kawin dengan tini (yang disangkakan lijah)...hahaha..pening....tapi aku sukeerrr....

Cinta antara mawar dan yusof sangat kuat sehinggakan dah lupa ingatan pun boleh jatuh cinta lagi....hehe....


"Kerana cinta segalanya digadaikan" <<< ---- aku setuju dengan quote ni....


P/s: Cerita bersiri akan datang --- Khurafat...harus tengok ni.....^_^

17 June 2011

Kum Kum di malam Jumaat

 adik, akak nak mintak susu untuk anak akak....heeee....


Sinopsis Telemovie Kum Kum
Sebuah keluarga telah berpindah ke rumah baru yang cantik dan besar di kawasan kampung. Tetapi ada kejadian aneh dan menyeramkan yang telah berlaku kepada keluarga itu. Yang mana penghuninya mati bunuh diri dalam rumah tu setelah cintanya dihalang oleh ibunya...

----------------------------------------------------------------------------
Semalam kan aku tengok cite Telemovie Kum Kum.....sebelum ni aku tengok Kum Kum The Series je.....bila dah tengok Kum Kum The Series, kena la tengok dia punya telemovie....baru la senang faham....tapi rupanya cite Kum Kum The Series ni bukan kesinambungan dari telemovienya tapi lebih berkisar kepada kisah sebelumnya...

Telemovie Kum Kum ni lebih menyeramkan dan suspen jugak la.....(hahaha....tu ayat bagi orang yang penakut macam aku ni la)....sebab aku tengok Kum Kum The Series tak takut langsung pun....sebab dia lebih kepada cerita ilmu hitam.....jadi, tak la seram sangat dengan kemunculan hantu bagai semua....

Tapi, telemovie nya boleh membuatkan bulu roma aku naik beb....dah la tengok dalam gelap..sebab nak jimat letrik kan...hehe...dah terpaksa ajak encek suami teman tengok....tapi, dia bukannya nak tolong legakan takut kita...lagi dia nak menakut-nakutkan aku lagi ada la.....siap buat bunyi kum kum lagi.....heeeee....hampeh....


P/s: Dan-dan tu jugak tiba-tiba teringat aku tak baca Yasin lagi malam tadi......huhu..terus capai yasin...ngeeee...

02 June 2011

Penangan asmara 2 | Trafik mencanak-canak

Masih dalam mood terkejut beruk......

Pagi tadi macam biasa bukak nuffnang, tengok statistik blog aku ni....

trafik 300+ uv sehari...

Selama setahun lebih berblog, ni la trafik yang paling tinggi aku pernah capai.....
Biasanya tak sampai pun 100uv sehari....uhuk....

Ni semua gara-gara entri aku yang ni ha.....
Walaupun aku review ntahpape, tapi ada gak sudi baca....^_^
Walaupun ada gak yang tak setuju dengan aku.....
Tapi tu hanya pandangan peribadi aku je....
(pandangan dari orang yang tak tengok setiap episod, tak menghayati setiap dialog)
Setiap orang ada pandangan mereka sendiri....kan....
Ala, drama je kot....why so serius??

Ok dah, tutup cerita.....
Maaf kalau terkasar bahasa.....chill ya....

01 June 2011

Asmara 2 episod akhir

  
Mesti ramai yang ternanti-nanti cite asmara ni kan??? masa asmara season 1 dulu aku rajin gak la tengok....tapi asmara 2 ni aku jarang-jarang tengok....walaupun jarang tengok, tapi episod akhir mesti kena tengok....aku ni stok suka tengok episod akhir je....hahaha....

Rata-rata ramai yang suka asmara baik balik dengan zalia.....tapi bagi aku, aku tak setuju....bukan sebab aku tak suka faezah elai ye....tu cite lain....(eh, perlu ke bagitau?)...asmara dah ada kehidupan lain, jadi tak perlu la zalia nak balik kat asmara....asmara bukan untuk zalia, dan zalia bukan untuk asmara....

Tapi siriyes, aku amat-amat kesian kat melati....tak patut kot dia buat camtu kat melati....macam diabaikan oleh suami sendiri lak....kalau aku jadi melati, memang tak tahan kot hidup macam tu....dah la masa deliver, suami tak de kat sisi....sedih siot....

Tapi rasanya ada kemungkinan cite ni akan ada sambungan kot....maybe cite masa adam dah besar skit ke....??? sebab dialog last tu asmara cakap KITA......what say u??


P/s: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis.....

27 May 2011

Layan Mantera Anjasmoro episod akhir



Hikhik....tetiba keluar cite mantera anjasmoro lak....bukan apa, malam tadi tak de cite yang best...jadi tengok je la cite ni....lagipun dah episod akhir pun...hakhak, tengok episod akhir je...episod awal-awal malas nak tengok sebab takut nak tengok sorang-sorang....encek suami bukannya minat cite macam ni.....baik dia layan komik manga dia lagi.....one piece la, naruto la....

Ending cite ni aku tengok macam tergantung lak....si setan ramona tu lak yang menang....adeih, menyesal lak tengok...tapi part kat spital tu menyeramkan jugak la....huhu...confirm berhantu bilik tu nanti (hehe, aku dah start mengarut dah ni...)

Walaupun ending nya hampeh, tapi bagi aku, pengajaran cite ni jangan sekali-kali buat penjanjian dengan syaitan....senang cite, jangan syirik kepada Allah.....wallahualam.....


P/s: Harap ending cite Kum Kum kat Astro tak menghampakan lagi  menyesatkan......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...