Akhirnya aku dah buat keputusan untuk bersalin kat KPJ Selangor.....sebelum ni ingat nak bersalin kat KPMC Puchong je sebab dekat dengan rumah.....tapi satu-satunya doktor perempuan islam yang ada kat situ iaitu Dr Haslinda bercuti lak time aku EDD nanti...cuti 2 minggu lak tu....maka, terpaksa la tukar hospital lain....
Kat Kpj ni pun ada sorang je doktor perempuan islam iaitu Dr Siti....harap-harap la dia ada time aku bersalin nanti...dan yang penting aku sempat check up dengan dia 2 kali.....sebabnya syarat nak bersalin kat kpj ni kena check up at least 2 kali kat situ....hari ni baru first check up....
Sekarang ni aku dah 36 minggu....tak lama lagi dah.....berdebar-debarnya.....semoga Allah mempermudahkan semuanya.....
Sebelum ni arwah abah yang sediakan air selusuh untuk aku.....sekarang ni abah dah takde.....takde sape yang nak buatkan.....abah....:(









































