Showing posts with label Cerita Artis. Show all posts
Showing posts with label Cerita Artis. Show all posts

14 June 2013

Gambar Kim Jong Kook di KLIA

Sape kenal Kim Jong Kook? sila sebut Sparta!!! haha.....bagi yang tak kenal siapa Kim Jong Kook ni aku bagitau sikit sape dia....Kim Jong Kook ni ialah seorang penyanyi korea.....sekarang ni dia jadi lebih femes lepas join beberapa realiti show iaitu x-man, Family Outing dan yang paling femes Running Man......

Dalam Running Man ni aku paling minat Jong Kook.....kalau boleh setiap episod nak dia menang......walaupun dia takla hensem pun tapi aku minat sebab dia paling kuat, paling tough dan paling bijak......bila dia nak datang malaysia ni aku naaaaakk sangat jumpa dia.....hope hubby bagi....heeeee.....excited tengok gambar dia kat klia......

Jom layan gambar Kim Jong Kook di KLIA.......

aaaaaaa......oppa....



 dengan omma dia.....sama-sama sepet....










untunglahhhh abg polis tu.....


credit: KJKGlobal



P/s: Sekadar peminat artis je......^_^

10 October 2012

Pesta Konvo UTM ada Dato' Siti.....fuyyooo!!!



Untunglahhhh budak-budak utm sekarang......
Time aku dulu tak penah pun retis datang utm......
Dulu ada persembahan nasyid jeeeerr.....kekeke.....


29 June 2011

Ada apa dengan 9 Julai? | Malam Gala Simplysiti

Ha, jangan nak kata aku nak g yang BERSIH tu ye....daripada pegi sana, baik aku g konsert siti ni.....haha....


Tetiba teringat lak bila encek suami bagitahu liverpool dan manchester united (kot) nak datang malaysia nak lawan bola dengan team malaysia......dia kata nak g tengok, tapi tiket mahal dalam seratus kot...(ye ke??) aku cakap la, daripada tengok bola, baik g tengok konsert siti...beratus-ratus pun berbaloi gak...hahaha.....(saje bako dia) jangan marah ye peminat bola....minat masing-masing....huhu...
 
Ni ha, khas untuk fanatik Dato' Siti Nurhaliza, moh kita g sini....



Ingin dapatkan tiket percuma ke Malam Gala SimplySiti?
Rebut peluang anda untuk mendapatkan tiket percuma ke Malam Gala SimplySiti dengan pembelian
RM80 ke atas produk SimplySiti untuk satu tiket. Lawati lokasi berikut sepanjang Jun ini :

· Watsons’ Mid Valley, KLCC, Alamanda, Sg Wang, SACC Mall,
· Guardian Ulu Klang 2, Jln Raja Alang, Giant Kelana Jaya, dan Giant Prima Saujana.
·  SOGO Kuala Lumpur

Persembahan istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza dengan gabungan hebat bersama Amy Search,
Aizat dan Ana Raffali.
Diacarakan oleh Faizal Ismail (FBI). 

Hubungi: 03-2287 8388
* TIKET ADALAH TERHAD
* Tertakluk kepada terma dan syarat

www.simplysiti.com.my

 P/s: Malam Gala tu rasanya aku tak join kot....tapi Karnival tu HARUSLAH........^_^

13 June 2011

Konsert final AF9 | Hazama juara

  

Semalam adalah konsert AF9 yang last....lepas ni akademi fantasia takkan ada lagi selama-lamanya....huhu....rasanya akan digantikan dengan program baru kot....maybe astro nak re-branding program diorang kot...(pendapat aku ler..uhuk)..

Semalam balik dari KLCC laju-laju sebab nak kejar AF9 punya pasal...hahaha..actually every week aku follow af ni....diari af pun aku tak pernah missed....haha....bukan sebab aku ni peminat tegar, tapi saja nak isi masa lapang....boleh gitu??


 Hazama...juara terakhir AF....

Seronok rasanya hazama yang menjuarai AF9 tu dan memenangi RM200,000.....wallaweehhhh.....pakcik kayo....lagu baru dia pun best...first time dengar pun dah catchy.....lagu-lagu orang lain kena dengar banyak kali kot baru sedap....

Agar mendebarkan jugak nak tahu result semalam sebab takut lena yang menang....haha aku memang tak suka orang yang super poyo, perasan bagus, over confident, bajet cantik, blablabla.....masa first week dulu aku suka dengan suara dia.....tapi lama-kelamaan, rasa macam erk???....sori ye peminat lena....kalau nak berjaya sebagai artis, kena la humble...dah banyak contoh yang kita tengok....

Agak mengejutkan bila fina dapat no.3....aku bukanlah peminat fina, tapi aku bajet dia yang menang sebab semua juri dan tenaga pengajar suka dia.....imuniti pun dapat kat dia....tapi nak buat camne, afundi rezeki hazama yang menang....^_^

Yang pasti af kali ni tak semeriah af yang lepas-lepas......biasanya tiap-tiap minggu mesti penuh stadium....tapi sekarang ni dia buat kat studio 1 je...tak ramai yang datang.....nasib baik final buat kat dataran....baru la nampak macam sebuah konsert....^_^


p/s: ini hanyalah pandangan peribadi penulis....

09 May 2011

Arjuna - baby kedua Rita & Aidil


Pasangan pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 35 tahun, dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, 24 tahun menerima kehadiran cahayamata keduanya apabila Rita selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court. 

Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2 petang. Kedua-duanya, ibu dan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.

Pasangan tersebut sebelum ini dikurniakan seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.

Hubungan Rita dan suaminya berdepan dengan cabaran awal tahun ini, namun ia tidak sedikit pun menggugat hubungan pasangan suami isteri ini. Kelibat Rita juga tidak kelihatan di majlis perkahwinan iparnya, Zaquan Adha dengan Ayu Raudhah baru-baru ini.


Sumber: Gua

27 March 2011

Dating dengan Adam AF dan Edry KRU

Semalam aku pegi The Summit....
Shopping stok pampers dan susu adam sambil cari baby gate....
Then lunch kat mc d je sebab tak jumpa kedai melayu.....

Keluar Summit, kitorang pergi Bukit Bintang lak....
Mana lagi kalau bukan sungei wang dan low yat.....
Agak lama jugak tak datang sini.....
Sebab kat sini sangat la crowded....tak sesuai bawak adam.....

Kebetulan masa kitorang sampai kat sungei wang, adam af ada buat show.....
Apa lagi, takkan tak nak tengok???muahaha....

boleh tahan gak adam ni....putih...hehe....


Banyak gak gambar yang aku amik...
Tiap kali adam pandang ke sini, mesti aku angkat kamera....
Tapi tak sempat gak nak snap....
Tak reti duk diam...macam baby adam ni jugak...grrrrrrr....


bergambar beramai-ramai.....maap la ye, tak kenal la orang lain tu....edry kenal la.....teeeett....
cayalah edry pandang sini.....

Masa jalan-jalan kat sungei wang tu, kitorang berselisih dengan edry.....
Tapi encek suami tak sporting lah...tak nak tolong panggilkan.....
Jadinya, no picture with edry lah....menci...


Jadi, apa kaitan tajuk dengan entri ni???
Jawapannya, tak de kaitan.....muahaha....

16 March 2011

Kagum dengan sikap Lisa Surihani

Korang dengar tak hotfm pagi tadi???
Lisa Surihani terkena panggilan hangit!!!!
Biasanya aku tak sempat dengar panggilan hangit....
Tapi pagi tadi sempat lak sebab aku balik rumah semula sebab nak hantar kete.....encek suami nak pakai....

lisa yang cun melecun.....

On the way datang tadi dengar la hotfm.....
Aku memang suka dengar panggilan hangit ni.....
Best gelakkan orang...dengan suara menyamar ala-ala macho faizal ismail.....
Kadang-kadang geram gak dengan dia ni rasa macam nak lepuk je....hehe....

Pagi tadi diorang kenakan lisa surihani yang comel-cantik-cun-bijak tu....
Lisa merupakan duta dan jurucakap bagi walkathon amal, Walk For Children: 1 Malaysia Goes Green....
Jadi, diorang kenakan lisa pasal walkathon tu...
Kalau nak dengar, try cari kat website hotfm....kot-kot ada....

Alkisahnya, ada sorang makcik ni peminat lisa.....
Dia siap datang dari seremban kot tak silap nak walkathon bersama lisa....
Tapi masa walkathon tu, dia, anak-anak dan suami dia duk panggi-panggil lisa...tapi lisa langsung tak pedulikan dia.....
Lisa mati-mati menafikan dia buat cam tu sebab dia memang layan je semua peminat dia....
Kesian je dengar suara lisa...jahat diorang ni.....hahaha....
Tapi aku memang kagum dengan sikap lisa tu.....
Sangat-sangat menghargai peminat dia....
Dah la cantik, pandai, baik lak tu.....anak sapa la ni.....

tak mekap pun dah cantik.....

apa lagi kalau mekap....

bertudung lagi cantik...:)
 
Korang minat Lisa Surihani???
Sure ramai lelaki malaysia minat dia.....

08 February 2011

Comelnya Siti Nurhaliza ni.....


Saje nak tunjuk gambar siti masuk paper ni....hehehe....comeyy....


  • Kasihan siti
  • Seram siti
  • Alahai siti
  • Geramnya siti
  • Air mata siti
  • Rajuk siti
  • Pengorbanan siti
  • Sengsara siti
  • Malunya siti
  • Tamparan siti
  • Rahsia siti

25 January 2011

Fasha Sandha dan Jejai putus tunang



KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

source: metro

P/s: Tuhan bayar cash je sekarang ni....
P/s: Dah kawan dgn playboy, kena terima la akibatnya....
P/s: Walaupun aku tak suka dgn kehidupan peribadi fasha, tapi aku tetap suka lakonan dia...

10 January 2011

Siti Nurhaliza menang AJL25!!!!

Ehh, silap...Ana Raffali la...
Tolong maafkan aku atas keterlanjuran tajuk tu...
Tolong ingatkan aku sekali lagi yang ana raffali yang menang....

abg G punye gambar...
AJL25 semalam memang mengejutkan semua orang....kecuali aku kot..haha, dan dan ko kan aanie...
Actually aku takde la minat pun dengan ana raffali....
Lagu kalau berpacaran dan tolong ingatkan aku je kot yg aku minat..
Lagu hujan bunga di kuala lumpur tu memang hampeh...huhu...

Tapi kan lagu tolong ingatkan aku tu memang menepati ramalan awal aku....hahaha..ada sedikit bangga di situ...
Lepas separuh akhir hari tu, aku bet ana raffali menang....
Time tu sikit pun tak rasa faizal tahir yg menang...
Sebabnya aku memang kagum masa ana raffali nyanyi masa separuh akhir ari tu...

Encek suami lak dengan bangganya bet shahir menang....hahaha..sian dia...shahir telah mengecewakan dia...hahaha..gelak lagi..

 Actually tiap-tiap tahun aku dan encek hubby akan bet siapa yg menang...
Siap tulis kat kertas lagi...
Haha, bukan bet duit ke apa pun...setakat bet air liur je kot...
Sape yang menang bet tu boleh la berlagak selama seminggu kan...:)


KEPUTUSAN PENUH AJL25
  1. Tolong ingatkan aku - Ana Raffali
  2. Drama king - Meet uncle hussein ft Black
  3. Noktah cinta - Hafiz
Vokal Terbaik - Hafiz
Persembahan terbaik - Faizal Tahir



P/S: Tapi jauh di lubuk hati aku (ececehhh) aku nak FT menang....abg faizal, u r da best...
P/S: Siti pun of course la best kan...giler tak best???

23 December 2010

Shahir AF8 menghilangkan diri???

Tadi on the way datang keje dengar radio era....topik hari ni pasal shahir af8 yang dikatakan telah menghilangkan diri...kemudian paknil ada la call juara-juara af yg lain untuk memberikan pendapat mereka..terkejut jugak dengar tadi sebab selama ni tak pernah dengar apa-apa gosip mengenai ni...sampai ofis terus google pasal ni...

KUALA LUMPUR, 20 DIS 2010: Ketiadaaan juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir pada Konsert Ria 2010 yang diadakan di i-City, Shah Alam, Ahad lalu mengundang tanda tanya ke mana hilangnya Shahir?

Malah, ketidakhadiran Shahir pada konsert yang telah mencanangkan namanya itu mengukuhkan lagi spekulasi tentang dia yang dikatakan tidak hadir ke sesi fotografi anjuran pihak media pada saat akhir.

Sungguh pun pihak pengurusannya iaitu Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) telah menyatakan bahawa Shahir tidak sihat, namun masih ramai was-was akan keadaan Shahir yang sebenarnya.

Bagi mendapatkan kepastian ini, murai.com.my telah menghubungi ibu kandung Shahir, Mahanom Osman yang lebih mengetahui keadaan anaknya itu.

"Sebenarnya, Shahir ada di kampung sekarang bersama kami sekeluarga. Memang benar sekarang ini Shahir sedang sakit. Terus-terang, makcik tak mahu komen lebih tentang apa yang telah tersebar luas oleh media terhadap Shahir.

"Apa yang boleh makcik katakan, Shahir sekarang ini sering migrain. Sebelum masuk AF lagi, Shahir memang selalu juga diserang migrain. Mungkin sekarang ini sakitnya itu datang semula disebabkan dia terlalu banyak berfikir.

"Shahir masih lagi sihat dan dia perlukan rehat yang secukupnya. Mak cik tak ingatlah dah berapa lama Shahir berada di kampung, tapi lebih seminggu dia berada di kampung," kata ibu Shahir.

Dalam pada itu, untuk tidak mengundang pelbagai spekulasi yang lebih memudaratkan, Mahanom berharap agar penjelasan ini menjawab segala pertanyaan terhadap anak terunanya itu.

"Walaupun, saya ibu Shahir, namun apa yang berlaku padanya selama ini tidak semua yang makcik tahu. Apapun, bagi pihak Shahir, makcik minta maaf sekiranya Shahir ada membuatkan pihak tertentu terguris atau terasa.

"Saya harap semua doakan Shahir kembali sembuh seperti biasa dan maafkan dia. Setakat ini dia perlukan rehat sebelum muncul semula dalam anugerah juara lagu tidak lama lagi," jelasnya.

Sumber: mulut murai

18 December 2010

Pelakon asmara - Shahz Jazlee & Maria Farida Bercinta Di Twitter

Walaupun banyak kali menafikan bercinta, namun gelora cinta kedua-dua pasangan Shahz Jazlee & Maria Farida seakan tidak dapat dibendung lagi dengan kata-kata romantis di laman Twitter. Rasanya, tidak perlu lagi berteka-teki, kami yang expert dalam hal couple-couple mengesahkan mereka berdua memang sedang bercinta.


Screen shot 2010 12 14 at 8.17.13 PM Morning Buchuk   Shahz Jazlee & Maria Farida Bercinta Di Twitter
Screen shot 2010 12 14 at 8.17.54 PM Morning Buchuk   Shahz Jazlee & Maria Farida Bercinta Di Twitter


Sumber: Oh bulan

09 December 2010

Badi sehati berdansa??sein dan nana sah bercerai..

Bekas ahli kumpulan Ruffegde dan hos Beat TV, Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) dan pasangannya Noor Diyana Muhammad (Nana) sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pukul 3 petang tadi. Prosiding mahkamah dilakukan secara tertutup.

Pasangan tersebut merupakan bekas Juara Sehati Berdansa musim 3, sebuah program realiti tarian terbitan Astro. Selain sebagai penyanyi, Sein merupakan seorang pelakon dan juga terlibat sebagai ahli perniagaan, manakala Nana merupakan seorang surirumah sepenuh masa.
 
Sein dan Nana, yang masing-masing berusia 27 dan 26 tahun mendirikan rumahtangga pada 8 Julai 2006 dan dikurniakan dua orang cahayamata berusia 3 dan 1 tahun.
 
Mereka merupakan pasangan ke tujuh program realiti tersebut yang bercerai selepas Asheed (Def Gab C) & pasangannya Sharifah Noor Shima, Atilia & Ariff Johan Abdul Aziz, Dira Abu Zahar & Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, Radhi OAG & Shazlin Sharif, Sabrina Ali & Mohamad Shahrin Abdul Halim dan Anne Ngasri & Abdul Wafi Hassan.

Sumber dari Gua

13 November 2010

Nabil Raja Lawak & Qasha Cium Mulut


Nabil bikin panass.....


Aksi comolot nabil dan qasha
Keratan akhbar yang menampilkan adegan cium mulut sepasang kekasih yang kelihatan seperti Nabil & Qasha....

Walau bagaimana pun, Nabil menafikan kedua-dua individu tersebut ialah wajahnya & Qasha. Seperti yang dijangkakan, teknik superimpose menjadi alasan paling cliche oleh selebriti ini.

Kemungkinan besar, alasan yang diberikan oleh Nabil itu ada benarnya – Photoshop kini versi CS5.


P/S: Kesian Irma Hasmie....

02 November 2010

Nabil & Irma Hasmie Putus Cinta, Kantoi Berduaan Dengan Gadis Seksi

 Terkejut gak dengar cite ni....tapi xtau la betul ke x...nama pun gosip.....


BiPop melaporkan, kehadiran seorang gadis memakai boxer dan T-Shirt tanpa bra di dalam kondominium milik Nabil merupakan punca utama kisah putus cinta mereka berdua. Hancur luluh hati Irma bila menerjah rumah Nabil, melihat seorang pramugari seksi berada disamping kekasihnya. Bukan apa, sekali imbas bermacam-macam andaian yang boleh timbul, tambahan lagi dalam situasi yang mencurigakan.

Pramugari seksi itu dinafikan oleh Nabil dengan berkata bahawa beliau bersama Reza ketika itu, tidak pasti Reza itu berjantina lelaki atau pun perempuan.

Irma pula, dalam nada sebak berkata dia sudah hampir sebulan tiada apa-apa hubungan istimewa dengan Nabil, walaupun sudah 3 tahun bercinta dan pernah dilanda pelbagai kontroversi, namun segalanya sudah berakhir.

Nabil pula, menafikan kenyataan Irma dan menganggap semua itu fitnah semata-mata, malah menegaskan Irma masih kekasih hati, dan dalam hubungan cinta.


Sumber: website gosip artis....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...