Pagi tadi aku pegi mesyuarat agung puspanita....ada la gerai jualan kat depan dewan tu....ish, mentang-mentang la wanita punya mesyuarat, ada je gerai ek....kan dah terpaksa cuci mata dan wallet...huhu...
Kat situ ada la satu gerai jual barang-barang mekap brand Mary kay....lagipun diorang memang dijemput untuk buat ceramah pasal mekap ni....masa tengah meeting tu aku dan member aku tu keluar la jap konon nak pegi toilet....sekali TERberhenti lak kat gerai mary kay tu...ahak...
Orang yang jaga gerai tu pun peramah kemain....suruh kitorang testing pakai barang-barang diorang tuuu...kitorang pun try je la..benda free kan...dah try-try segala, kitorang masuk la meeting balik....
Lepas tu sesi mary kay lak bagi ceramah....rupanya akak yang peramah kemain tadi adalah Shahanaz, seorang DJ radio Muzik FM....aku tak de la dengar sangat muzik fm ni tapi kadang-kadang tu dengar gak la....bila dia mention nama dan dia penah keje kat muzik fm barulah aku cam nama dia....kekeke....tapi sekarang dia dah berhenti dah...kerja sepenuh masa kat mary kay sebagai Pengarah Jualan Mary Kay.....
aanie bersama shahanaz......aku dah gemuk ek?? huwaaa....
Masa dia buat demonstrasi mekap, aku keluar shopping jap....hehe..sekali nama aku disebut untuk dapat cabutan bertuah....tapi aku disqualified sebab tak de di tempat kejadian...huwaaaa......hadiahnya ialah lipstick yang berharga RM48 uollsss.....chiscake betul la...sape suruh g shopping?? huwaaa....









































