Showing posts with label Perihal Suami Isteri. Show all posts
Showing posts with label Perihal Suami Isteri. Show all posts

30 October 2013

WW: Siakap Masak Pedas

Weekend lepas g mydin.....
Jumpa siakap ni....
RM4.99 je seekor......
Tanya hubby nak makan siakap tak?
Dia kata tak nak...
Aku amik la seekor je ----> untuk aku....
Sekali dah masak dia makan jugak.....^_^

Pastu aku cakap tadi cakap tak nak....
Dia cakap mana ada dia cakap camtu.....
Hmmm...hantu dia la tu yang cakap tak nak tadi.....kihkih....


12 June 2012

Kalau macam ni....masih sayang lagi tak???

Ari tu penah tanya en suami kalau rupa aku dah jadi macam ni agak-agaknya masih sayang lagi tak????


 rupa aku bila obes.....
tapi macam pelik sebab kepala bahagian atas tak membesar bersama-sama......






ini rupa aku bila dah tua.....tak sure brape tahun......huhuhu......
macam muka nenek aku pun ada.....kekeke.......



Bila tunjuk gambar-gambar tu dia senyum je lah......gambar tua tu aku tak risau sangat sebab nanti dia pun tua jugak bila aku jadi camtu......
Tapi kalau aku obes, rasanya dia tetap maintain je kot......



P/s: Gambar-gambar tu guna aplikasi dalam tab



20 February 2012

Jangan nakal-nakal

Itu la ungkapan yang selalu hubby bagitau tiap kali aku/dia nak outstation....."Jangan nakal-nakal".....apa yang nakalnya aku tak tahu la....lain la kalau pesan kat adam macam tu.....hehe....tapi aku suka!!!! maybe tu pesanan paling romantik yang dia boleh buat.....hehe....

Semalam hubby outstation lagi......kali ni ke pantai timur lak....nampaknya doa aku dimakbulkan.....suka?? suka la, sebab boleh bawak balik kopok lekor.....tapi dalam masa yang sama sedih sebab terpaksa berjauhan untuk beberapa hari ni.....

Menguruskan adam sendirian insya-Allah aku boleh handle.....cuma bila malam aku jadi takut....aku pun tak pasti apa yang aku takutkan....hantu? orang jahat?? time ni la rasa macam tak sabar nak tunggu adam besar.....


 adam membuli abah.....




Aku mesti kuat untuk adam......takmo nangis depan adam lagi.....nangis sorang-sorang dalam bilik takpe.....^_^


Ini baru outstation dalam Malaysia....kalau obersi?? 

13 January 2012

Pasangan 10


Assalamualaikum.....

Malam tadi tengok Semanis Kurma kat TV9 tajuknya Pasangan 10.....mula-mula, tak paham apa yang Pasangan 10 ni? sebab setengah jam yang awal aku tengok TV al Hijrah......30 minit bersama Ustaz Don......tapi, lama-lama barulah faham.....rupa-rupanya pasangan yang berbeza bentuk fizikal....sorang kecik, sorang besar.....(huhu....terasa.....)

Aku ni memang dikurniakan dengan badan (rangka) yang besar sejak kecik lagi.....dalam hidup, aku tak pernah merasa kurus.....masa sekolah, aku la manusia paling besar kat sekolah...selalu kena ejek....sakit hati tak payah cakap la....

Bila dah masuk U, barulah aku start diet....makan ubat diet, kurangkan nasi, tak makan malam etc.....tu pun dah tahun ketiga kat U....jeles tengok kawan-kawan semua dah ada bf....malam kuar dating.....weekend lesap....huhu....

Bila dah diet tu sempat la merasa kurus kejap....
Baru la ada laki yang nak dekat....


Apa kaitan semanis kurma dengan cite aku ni?? tak de kaitan pun......^_^


Aku cuma nak bagitahu:
  1. Jangan kutuk atau mengata bila jumpa pasangan 10 ni......diorang sendiri pun tak nak badan camtu......orang gemuk pun ada perasaan gak....
  2. Si suami/isteri yang ada isteri/suami yang badan besar, jangan la pandang rendah atau nak jadikan alasan nak cari lain...sebaliknya bantulah pasangan untuk turunkan berat badannya.....tolong beli ubat diet ke, sponsor pegi gym ke....tak gitu?? 


P/s: Kalaulah boleh tukar perut dengan hubby....makan banyak mana pun tak gemuk-gemuk.....

11 November 2011

Nikah malam ni | 11.11.11

Assalamualaikum......



Cantik tarikh ni.....ramai yang buat majlis kan.....tak kisah la nak kejar angka cantik pun asalkan tak menyalahi hukum syarak....aku kawin tak kejar sangat tarikh cun-cun ni....asal buat yang wajib cukuplah.....

Malam ni cousin hubby nikah.....malam tadi baru datang umah aku nak pinjam baju nikah hubby dulu....erk, esok nak nikah, hari ni baru nak cari baju nikah? huhu..pengsannn....

Orang laki memang camtu kan? 

Hubby aku dulu pun camtu gak....esok nak nikah, malam ni baru nak cari samping....sebelum tu aku dah tanya, dia kata ada....cari-cari rupanya tak de.....dah la time tu time raya.....mana ada kedai bukak....nasib baik bapa sedara aku pinjam dengan kawan dia...kalau tak, nikah la tak pakai samping...huhu...haru-biru jadinya.....



Lambatnya aku update arini...ada orang baca lagi ke time cenggini.....

22 July 2011

Berebut rancangan tv

Setiap hari isnin-khamis mesti ada cerita bersiri kat tv yang best aka boleh layan la....slot akasia tv3 memang favourite aku sejak dari first drama lagi iaitu manjalara sampai la sekarang aku tak pernah miss tengok slot ni....tak kisah la tajuk apa pun...layan je....

Dulu rancangan ni start dari 6.30-7.30 petang.....jadi, lepas balik keje, mandi dan solat, terus la mengadap tv.....sekarang ni dah tukar waktu lak....kul 7-8 malam....tak suka tau....ganggu time solat maghrib...lagipun kalau nak keluar makan malam, kena tunggu lepas pukul 8...huhu......

Tapiii, bukan ni yang aku nak ceritakan....tapi ada kena mengena jugak la...aku kan feminat slot akasia....sekarang ni tengah hot cite Dewa Cinta lakonan Fasha Sandha dan Ikram Dinzly.....dalam masa yang sama lak kat astro ria tengah hot cite Kawin Masal lakonan Agnes Monica....

Yang jadi masalahnya ialah cite dewa cinta aku nak tengok.....cite kawin masal encek suami nak tengok...maklomlah, dia ni feminat si agnes tuuu....nyampah...(hikhik, jeles..)..jadinya, terpaksa la kitorang berebut remote astro tuuu....kalau time pukul 7 je dia buat-buat lupa nak tukar channel.....kadang-kadang siap sorok remote lagi..huhu....

Nasib baik adam tak reti tengok kartun lagi....kalau dia reti, mesti dia pun nak berebut gak.....boboiboy la, upin ipin la, ben 10 la, ceria (ni channel febret anak buah aku...)....huhu..fengsan mama....


Dewa Cinta


vs


 Kawin Masal

vs

 Boboiboy


Hikhik...^_^

16 June 2011

Mana biskut oreo abah??

Malam tu encek suami pegi pasar malam untuk beli makan malam kami.....tapi dia pegi sorang je sebab aku malas nak keluar....hehe...masa balik tu dia singgah la speedmart jap beli biskut.....aku yang pesan sebab stok biskut dh habis....adam sukeerrr sangat makan biskut....biasanya dia amik sendiri tin biskut dan bagi aku suruh bukak....^_^




Biasanya aku beli biskut biasa je....tapi ari tu encek suami beli biskut oreo....adam lak sibuk suruh bukak biskut tu.....disebabkan dah kenyang makan makanan kat pasar malam, encek suami makan sikit je la oreo tu....pas tu dia simpan....

Tengah malam tu beria-ria dia kejut aku tanya mana oreo dia....aku tengah ngantuk-ngantuk ni tak kuasa nak layan oreo dia tuh....huhu...

Pagi esoknya dia tanya lagi pasal oreo dia tuh....dia dah cari 1 rumah pun tak jumpa gak...aku suruh dia cek dalam bakul sampah....kot-kot adam buang.....adam memang suka buang barang dalam tong sampah....tapi masalahnya sampah dah buang....pas tu, asyik-asyik la dia tanya adam "adam, mana biskut oreo abah?" haha, nasib lah kau wahai oreo....dah selamat dah tuuu....beli je la yang baru......^_^

Macam-macam la encek suami ni...dah la semalam dia bising-bising cakap bil letrik  bulan ni dah naik....pas tu suruh aku jimat....sanggup bergelap tuuuu.....tapi bila aku check, rupa-rupanya dia silap amik bil letrik rumah orang lain.....guling-guling aku gelak....

10 May 2011

PETUA MENGASIHI ISTERI


 
Info ni sangat sesuai untuk para suami dan bakal suami untuk dipraktikkan dalam rumahtangga...tunjukkan kasih sayang anda kepada isteri....isteri anda pasti sangat menghargai usaha murni anda ini.....juga untuk renungan encek suami (kalau dia baca ini entri)..hehehe......

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Sekali sekala tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.


Kata aanie: hmm, banyak yang encek suami dah praktikkan....cuma no 16 tu hakak je la.....dan kan best kalau dapat praktikkan yang no 20 tu....hehehe....


Source: Sini
 

18 August 2010

Kewajipan Jimak - khas utk org dah kawin ye....

Suami wajib memenuhi tuntutan nafkah batin isteri, melindungi dan berkongsi kebahagiaan bersamanya.

Berikut adalah teladan Rasulullah SAW dalam hal jimak:

Jimak Hukumnya WAJIB

Jumhur ulama berpendapat, apabila tiada halangan untuk melakukan jimak (tidak dalam keadaan haid, nifas, etc.), hukumnya wajib.

“Wajib bagi seorang suami menjimak istrinya sekurang2nya sekali setiap masa suci bila hal itu mampu dilakukannya. Apabila tidak demikian, maka dia telah bermaksiat kepada Allah SWT” - dari Ibnu Hazm.

“..apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.. “ – (2:222).

BAHAYA Meninggalkan Jimak

Sesiapa yang mengabaikan jimak, amatlah bahaya bagi isteri, kerana dia akan terasa tertekan batinnya dan tidak dapat merasa kebahagiaan.

Masa Abu Darda mengabaikan tanggungjawab ni terhadap isterinya, Ummu Darda kelihatan sangat serabut tanpa dandanan. Hingga Salman Al-Farisi perasan dan bertanya apa masalahnya. Rupanya kerana Abu Darda dah lama tak bersama dengannya.

Begitu juga dengan keluhan isteri Abdullah bin Amr bila bercerita tentang suaminya kepada ayahnya “Dia itu lelaki yang paling baik, tapi sayang, dia tak pernah bersama denganku di tempat tidur, dan tidak pernah memperdulikan aku saat aku datang kepadanya”.

Malah, Khalifah Umar Al-Khattab telah menetapkan tempoh mujahidin pergi berperang limit selama 6 bulan sahaja, agar isteri2 mereka tidak ditinggalkan kegersangan.

Etika Jimak
  1. Mulai dengan basmalah (bismillahirrahmanirrahim) dan taawuz (a’udzubillahi minassyaitonirrojim).
  2. Mulakan dengan sentuahn dan kata2 lembut untuk membangkitkan ghairah isteri dan menjadikan kenikmatan lebih sempurna.
  3. Lakukan hingga kedua2 pihak berasa puas.
  4. Akhiri dengan sentuhan dan bisikan2 lembut juga dan jangan terus berpaling dari isteri.
Waktu Yang Disarankan…
  1. Setelah pulang dari outstation, sebagai ganti dari perasaan sepi dan penantian yang menjemukan.
  2. Pada malam2 perkahwinan rakan2/saudara mara. Saat2 macam ni biasanya mengimbau kenangan manis semasa mula2 berkahwin dulu jadi manfaatkan sebaiknya.
  3. Selepas bergaduh. Selepas damai dari perbalahan, hiasi malamnya dengan canda gurau dan lakukan jimak untuk menyempurnakan keindahannya.
  4. Waktu2 meraih kejayaan. Contohnya bila suami naik pangkat, naik gaji, dapat bonus, raikan dengan meneguk madu kenikmatan dan kebahagiaan.

Catatan bertajuk Jimak atau Jima’ ni dipetik dari buku ‘Bagaimana Membahagiakan Istri’ karya M. Abdul Halim Hamid.- kredit to Mommy Lyna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...