09 December 2010

Badi sehati berdansa??sein dan nana sah bercerai..

Bekas ahli kumpulan Ruffegde dan hos Beat TV, Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) dan pasangannya Noor Diyana Muhammad (Nana) sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pukul 3 petang tadi. Prosiding mahkamah dilakukan secara tertutup.

Pasangan tersebut merupakan bekas Juara Sehati Berdansa musim 3, sebuah program realiti tarian terbitan Astro. Selain sebagai penyanyi, Sein merupakan seorang pelakon dan juga terlibat sebagai ahli perniagaan, manakala Nana merupakan seorang surirumah sepenuh masa.
 
Sein dan Nana, yang masing-masing berusia 27 dan 26 tahun mendirikan rumahtangga pada 8 Julai 2006 dan dikurniakan dua orang cahayamata berusia 3 dan 1 tahun.
 
Mereka merupakan pasangan ke tujuh program realiti tersebut yang bercerai selepas Asheed (Def Gab C) & pasangannya Sharifah Noor Shima, Atilia & Ariff Johan Abdul Aziz, Dira Abu Zahar & Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, Radhi OAG & Shazlin Sharif, Sabrina Ali & Mohamad Shahrin Abdul Halim dan Anne Ngasri & Abdul Wafi Hassan.

Sumber dari Gua

6 org syg adam:

lady-D said...

aku pom terkejut wehhhh..apedaaaa artis ni...agak2 ada can x aku nk ushar sein..hawhaw

cik mas said...

pelik jugak ek..ramai betl bercerai lepas join sehati berdansa...


pssst!! sein dah dude la ye...dah la ensem..hik! :P

aanie said...

dyla: tu la..mana tak terkejut..nmpk mcm loving couple je kan??mu nak try sein??anta borang kt aku dulu deh..ramai queue ni..

cik mas: tu la, mcm kena badi lak..
hehe, hensem kan?sesuai dgn lisa surihani..nti dpt anak mcm mia sara..hikhik...

Haa Fakihah said...

takutla nga cerai berai ni. nauzubillah.

eynda said...

Pelik tapi benar...kebetulan ramai yg masuk rancangan tu bercerai...apa-apa pun ketentuan Allah...simpati dgn diaorg...kesian anak2 la...

[leily.laily] said...

eh iye ke..
ramai ek pasangan sehati berdansa berakhir ngan perceraian.. baru sy taw..
huhuhuhu.. apa kes la dorang ni, mintak dijauhkan.. Nauzubillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...