23 September 2010

Kesan rumah hijau

 Tiba-tiba terpanggil utk buat entry pasal kesan rumah hijau ni....ni semua gara-gara incik suami la....tiap2 hari duk tanya aku apa kebendanya kesan rumah hijau nih....tiap kali tengok kat tv pasal kesan rumah hijau ni, tiap kali tu la dok tanya2 aku....dulu penah la jgk belaja pasal benda nih...tapi sejak dah lama meninggalkan bangku sekolah ni, dah ingat2 lupa lah...yg aku ingat, rupa rumah hijau tu je kot....kekeke....

Ni terpaksa la aku study balik utk present kat incik suami.....time kasih en google.....

Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Rumah hijau, atau rumah kaca ialah satu bangunan yang diperbuat daripada kaca atau plastik yang membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal. Haba dari cahaya matahari yang menembusi strukturnya yang lutsinar memanaskan tumbuh-tumbuhan dan tanah di dalamnya. Selain itu, udara di dalamnya turut dipanaskan dan kekal tanpa boleh terlepas keluar daripada bangunan ini.

Bangunan ini dibina dalam pelbagai bentuk dan peranan. Dalam industri asa tani, misalnya, ia dibina dengan saiz yang besar dan dilengkapi pelabagai peralatan moden bagi mengawal dan menggalakkan pertumbuhan tanaman di dalamnya. Kaca atau plastik yang digunakan pula bekerja sebagai bahan perantaraan yang membenarkan perpindahan (atau "pembebasan") sinaran pada frekuensi tertentu. Kesannya ialah, tenaga yang masuk "dijerat" di dalamnya untuk memanaskan tanaman, dan tidak boleh keluar bebas daripada rumah hijau ini.
Rumah hijau sering juga digunakan dalam industri seni taman dan juga untuk tujuan penyelidikan.

Proses kesan rumah hijau

Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

2 org syg adam:

Sumijelly said...

blog nie pun serba hijau....

sejuk jer mata memandang...hehehe

Sumijelly.com

aanie said...

hehe....ekceli x minat sgt hijau....tp x jumpa kaler yg soft2 mcm ni...hijau pun hijau lah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...