23 September 2010

Leher tersepit meja lipat

Macam-macam kes yg tak diingini dan tak disangka2 berlaku skrg ni.....memang kena extra carefull la lepas ni terutama tentang keselamatan anak....semalam dengar cite pasal baby 3 bulan meninggal kat taska....nauzubillah....hasil bedah siasat tak dpt tau punca kematiannya....kisah dia sangat menyayat hati....aku sebagai seorang ibu dapat memahami perasaan ibu baby tu......anak yg dikandung selama 9bulan, hanya dapat bermesra selama 3 bulan je...Al-Fatihah utk arwah.....

Harini lak kat Harian Metro kanak2 lelaki meninggal sebab tersepit kak meja lipat.....nauzubillah.....

KUALA KANGSAR: “Ayah, kalau Irfan mati, tolong kebumikan di sebelah kubur pak su (bapa saudara),” begitu permintaan pelik Muhammad Irfan Rusydi, 5, yang maut selepas lehernya tersepit pada kaki meja lipat di belakang rumah neneknya di sini, Isnin lalu.

TRAGEDI...Mohd Fadtah (kanan) menunjukkan  meja yang mengapit anaknya hingga membawa maut.
TRAGEDI...Mohd Fadtah (kanan) menunjukkan meja yang mengapit anaknya hingga membawa maut. 
 
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di Kampung Talang Hilir itu, mangsa bermain bersendirian di belakang rumah sebelum leher tersepit pada meja berkenaan menyebabkannya pengsan akibat sukar bernafas sebelum disahkan meninggal dunia.

Kanak-kanak malang itu meninggal dunia kira-kira jam 1.10 pagi kelmarin selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Bapa mangsa, Mohd Fadtah Sadhabil, 27, berkata, ketika kejadian, dia belum pulang bekerja, tetapi ahli keluarga lain ada terdengar jeritan anaknya, namun menganggapnya gurauan kerana arwah sering berbuat demikian ketika bermain berseorangan.

Menurutnya, kejadian itu disedari adik lelakinya yang keluar memeriksa keadaan arwah sebelum mendapati leher anaknya tersepit pada kaki meja hingga badannya kebiruan.

“Tiada siapa menyangka jeritannya itu sebenarnya menandakan dia meminta tolong,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.

 Credit to Harian Metro

2 org syg adam:

Sumijelly said...

riasua kan sekarang nie...
segala benda dah macam jadi senjata pembunuhan jer...

nak pantua 24 jam anak.. kita pun ada kerja gak kanm...

semoga di jauhkan la perkara begini terhada keluarga kit akan??

Sumijelly.com

aanie said...

itu la....takut kan? mintak dijauhkan la.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...