Muntah, sakit perut dan cirit-birit merupakan gejala biasa setiap kali anak mengalami keracunan makanan. Punca utama keracunan makanan ialah memakan makanan dan minumam yang tercemar dengan bakteria berbahaya, bahan kimia atau bendasing.
Bakteria yang biasa menyebabkan keracunan makanan ialah E. coli, Salmonella, Shigella dan Staphylococci. Bakteria-bakteria ini memang ada dalam daging mentah, produk tenusu, ikan dan telur.
Biasanya gejala radang perut dan usus ini muncul selepas 3 hingga 24jam mengambil makanan tercemar itu.
Ini sedikit info mengenai cara yang boleh dilakukan jika anak keracunan makanan sebagai rujukan saya di masa depan....
- Jangan beri anak makan makanan pejal selagi dia belum berhenti muntah.
- Beri anak minum air kerap tetapi dalam kuantiti kecil bagi mengelakkan dia dehidrat.
- Sekiranya anak tidak suka minum air, anda boleh juga beri anak makan buah tembikai.
- Jika anak sudah berhenti muntah, beri dia makan makanan yang mudah dihadamkan spt nasi, gandum, kentang, roti dan bijirin.
- Boleh juga beri anak makanan lembut seperti dadih dan jeli.
- Imbas kembali makanan yg anak anda ambil dalam tempoh 24 jam sebelum dia mengalami keracunan.
- Buang semua makan yg dirasakan berpotensi menyebabkan keracunan seperti daging, ikan, produk tenusu dan roti.
source: majalah pa&ma bulan februari.
4 org syg adam:
bahaya keracunan ni.. dni penah kena dulu. tapi tak muntah2.. cuma cirit2.. kawan2 muntah bagai..
adam penah kena keracunan. doktor suspek pengasoh terbagi sus basi.. sedey sgt sampai adam masuk spital.. sayu hati biler adam kena cucuk saner sini=((
@ardinihumaira
takut kalau kena keracunan ni kan??muntah2 tu mmg xtahan la..
@Zur@ZaRi
a'ah, sy ada baca entri zura tu...kesian adam...geram lak bila pengasuh cuai camtu...
Post a Comment