03 May 2012

MasterChef Selebriti Malaysia di Astro Ria


Buat julung kalinya, Malaysia bakal dipertontonkan dengan keletah serta aksi selebriti tanah air di dapur dalam program MasterChef Selebriti Malaysia yang akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) mulai 26 Mei ini.

Selain berpeluang melihat keletah mereka, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata program tersebut merupakan hiburan amal yang mana seramai 16 selebiriti akan berentap untuk menyumbang wang yang mereka menangi kepada badan-badan amal.

Antara selebriti tanah air yang bakal terlibat dengan program tersebut termasuklah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan, Azwan Ali dan Louisa Chong.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan 16 orang selebriti tersebut, Raqim memberitahu tidak semua yang dipilih mempunyai kepakaran dalam bidang masakan sebaliknya ramai yang mahu mencuba bidang masakan.

"Proses pemilihan setiap barisan selebriti terlibat ini dilakukan dengan memngambil kira banyak elemen-elemen penting".

"Antaranya, termasuklah pengetahuan mereka dalam bidang masakan, kemahuan untuk mencuba sesuatu yang baru, latar belakang yang berbeza dari segi peringkat umur, bangsa serta bidang yang mereka ceburi".

"Ini adalah pening bagi memastikan produksi kami dalam mengumpulkan sekumpulan selebirti yang menarik dan pastinya mempunyai nilai-nilai komersial untuk menambat hati para penonton," tambahnya lagi.

MaterChef Selebriti yang baru sahaja memulakan penggambaran pada 27 Mac, bakal bersiaran di Astro Ria setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam 9 malam bermula 26 Mei 2012.

MasterChef Selebriti Malaysia bakal ke udara selama empat kali seminggu selama 28 episod.


P/s: Tak sabar nak tengok.....^_^


Source: Murai

7 org syg adam:

syawalsimpsons said...

terbaik la....nak tengok la nnt...

Chuu Muqhlis said...

wahh kak aanie promote astro la hehehe.,gurau je ..sy bet mesti kelakar punye lah dpt tgk telatah artis2 ni haha

Unknown said...

mesti best ni.....hehehe

ajumohit said...

wahhh harus tonton ni aanie, rindunya kat aanie, dah lama tak singgah and komen kat sini

kaklong said...

kaklong suka gak nak tengok,tapi kalau ada bolasepak live kat 801,jgn harap lah nak tengok..tunggu lah siaran ulangan nya...huhuhu!

Cikrosecute said...

tak sabar jugak nak tengok hehehe

fieda said...

azwan ali pun ada...??seronok tgk selebriti plk masak..biasa tgk ketuk2 ramadhan jer kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...