Buat julung kalinya, Malaysia bakal dipertontonkan dengan keletah serta
aksi selebriti tanah air di dapur dalam program MasterChef Selebriti
Malaysia yang akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) mulai 26 Mei
ini.
Selain berpeluang melihat keletah mereka, Pengurus Saluran Astro Ria,
Raqim Ahmad berkata program tersebut merupakan hiburan amal yang mana
seramai 16 selebiriti akan berentap untuk menyumbang wang yang mereka
menangi kepada badan-badan amal.
Antara selebriti tanah air yang bakal terlibat dengan program tersebut
termasuklah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl
Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah
Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah
Hassan, Azwan Ali dan Louisa Chong.
Mengulas lanjut mengenai pemilihan 16 orang selebriti tersebut,
Raqim memberitahu tidak semua yang dipilih mempunyai kepakaran dalam
bidang masakan sebaliknya ramai yang mahu mencuba bidang masakan.
"Proses pemilihan setiap barisan selebriti terlibat ini dilakukan dengan memngambil kira banyak elemen-elemen penting".
"Antaranya, termasuklah pengetahuan mereka dalam bidang masakan,
kemahuan untuk mencuba sesuatu yang baru, latar belakang yang berbeza
dari segi peringkat umur, bangsa serta bidang yang mereka ceburi".
"Ini adalah pening bagi memastikan produksi kami dalam mengumpulkan
sekumpulan selebirti yang menarik dan pastinya mempunyai nilai-nilai
komersial untuk menambat hati para penonton," tambahnya lagi.
MaterChef Selebriti yang baru sahaja memulakan penggambaran pada 27
Mac, bakal bersiaran di Astro Ria setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam
9 malam bermula 26 Mei 2012.
MasterChef Selebriti Malaysia bakal ke udara selama empat kali seminggu selama 28 episod.
P/s: Tak sabar nak tengok.....^_^
Source: Murai
6 org syg adam:
terbaik la....nak tengok la nnt...
wahh kak aanie promote astro la hehehe.,gurau je ..sy bet mesti kelakar punye lah dpt tgk telatah artis2 ni haha
wahhh harus tonton ni aanie, rindunya kat aanie, dah lama tak singgah and komen kat sini
kaklong suka gak nak tengok,tapi kalau ada bolasepak live kat 801,jgn harap lah nak tengok..tunggu lah siaran ulangan nya...huhuhu!
tak sabar jugak nak tengok hehehe
azwan ali pun ada...??seronok tgk selebriti plk masak..biasa tgk ketuk2 ramadhan jer kan..
Post a Comment