Janji gua ada awek...Lu ada???
Dah tengok dah cite ni??? Tolong....awek aku pontianak!!! aku tengok masa lunch hour hari jumaat lepas......tak reti nak review apa....yang pasti, cite ni memang kelakar habesss.....tengok tajuk pun dah tahu kelakar kan....
Bob (Zahiril Adzim), orang kata dia loser tapi dia ni sangat baik, lurus bendul, naïf tapi sering dibuli oleh rakan sepejabat. Mempunyai rakan serumah bernama Pian (Sufian Mohamed). Watak Pian ni kelakar la....Bob sering bernasib malang bukan saja berkenaaan dengan kerja, kehidupan seharian malah sering gagal dalam percintaan.
Faizal (Rashidi Ishak) teman sekerja Bob, dan juga anak bos tempat Bob bekerja. Dahlah tak pandai buat kerja, hanya pandai menggunakan kuasa sebagai anak bos. Sering mempergunakan Bob dalam urusan kerja. Kesian…Bob.
Suatu hari, Bob kenal dengan seorang wanita; Maya (Sazzy Falak), sangat cantik, comel dan baik hati. Bob mula terpikat pada Maya. Tapi Maya ni Pontianak, Bob tak tahu pun yang bakal awek dia ni Pontianak. Lagilah kesian kat Bob.
Sehinggalah ada satu peristiwa yang mana bob tahu siapa maya sebenarnya......nak tahu peristiwa apa, kena la tengok sendiri....
Bagi aku cite ni best sebab boleh buat orang ketawa terbahak-bahak dengan lawaknya....boleh la release tension....
P/s: Bila la baru berpeluang tengok Transformers lak ni????