17 August 2011

Nuzul Quran


Selamat menyambut hari Nuzul Quran kepada semua umat Islam.....perbanyakkanlah membaca Al-Quran di bulan yang mulia ini....

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. 



P/s: Aku kat umah MIL sekarang ni.....cuti dari semalam lagi sebab nak jenguk MIL yang tak sihat.....

8 org syg adam:

azam said...

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL QURAN

Huda said...

slmt hari nuzul quran aanie :) betul tu perbanyakkan membaca alquran.

Chuu Muqhlis said...

salam nuzul quran mama adam :)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

cuti kan harini..tp johor x cuti..:(

sahromnasrudin said...

kami doakan MIL awak segera sembuh dan dapat menjalani ibadah puasa ini dengan jayanya ya

ajumohit said...

Semoga hari ini dpt disemarakkan agar tidak lupus fireman zaman, moga MIL aanie cpt sihat

d_LA said...

tol tu..sejarah penting ni wajib ingat ni..aku mmg cuti harini..baru blk soping..hehe..kl x cuti kan..

Fad said...

arini bg tazkirah kat anak murid..adeh..kering tekak..tajuk nuzul quran la..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mama & Abah

Adam Hakeem

Our Baby