26 November 2010

Apa nak buat bila lampu Check Engine menyala???


Korang pernah tak mengalami situasi macam ni?
 Lampu Check Engine menyala!!
Tengah syok-syok bawak kete, sekali lampu enjin ni menyala lak...
Aku pernah gak beberapa kali jadi camni...
Mula-mula takut gak...
Dah la taktau apekebendajadahnya ni....
Kalau lampu hand break ke pintu tak tutup rapat ke tau la kan...

Pagi tu masa on the way ke ofis, lampu ni menyala lagi...
Sampai je ofis, aku tanya la akak kat ofis aku ni....
Dia cakap tu lampu enjin....ada something wrong kat enjin tu...cuak dah aku...
Pastu semalam dia emel aku pasal ni...hakhak...pantas bertindak...


Ini antara isi perut kandungan emel berkenaan...

Simbol ini dipanggil second generation on-board diagnostics (OBD-II) mula diperkenalkan sejak tahun 1996. OBD digunakan untuk mengurus dan mengawal operasi enjin supaya enjin berfungsi dengan efisyen dan memaklumkan bila perlu diservis.

Bila kunci dihidupkan lampu “Service Engine Soon” or “Check Engine” akan menyala kerana OBD akan semak kerosakan. Lampu akan padam apabila tidak ada masalah dikesan.

Apabila lampu OBD nyala semasa memandu. – menunjukkan kenderaan mungkin mengalami pembaziran petrol, jangka hayat enjin pendek atau menyebabkan pencemaran udara yang berlebihan.

Apa tindakan perlu buat bila lampu menyala
a. Jangan panik
b. Pastikan penutup tangki minyak petrol tidak longgar atau hilang. Sentiasa matikan enjin apabila mengisi petrol.
c. Jika lampu masih tidak padam lagi untuk perjalanan singkat, cuba tukar penutup minyak petrol yang baru ataupun ketatkan lagi serta hantar kereta untuk disemak pada mechanic yang bertauliah. Jangan biar lama ia akan merosakkan kereta anda.

Jika lampu OBD berkelip – masalah yang besar mungkin berlaku perlu diambil tindakan segera. Anda boleh memandu lagi tetapi cuba meminimumkan perjalanan. Jangan cuba memandu laju atau membawa beban yang berat.

Apa mekanik akan buat – untuk tujuan menguji OBD pada kereta mekanik perlu ada alat OBD scan untuk mendianogsis masalah. Mekanik akan menyambung alat kecil pada penyambung biasanya di bawah dashboard untuk download maklumat masalah yang dihadapi. Mekanik akan membaiki kerosakan yang dijumpai. OBD membantu mekanik memudahkan kerja pembaikan kenderaan. Olah itu pasti anda bawa kereta ke kedai yang ada alat OBD scan.

8 org syg adam:

Lovely Bella said...

waa gud info!! sgt bermakne :)

miss nina said...

good info. mostly keta baru2 ade la simbol menda alah ni kan?

satu lagi tips: rajin2 buka buku service/manual. kat situ leh rujuk info teknikal dr semasa ke semasa :)

ann @ hatiberbunga said...

en.hubby ku slalu pesan..

tiap kali nk start engin.. bila masukkan je kunci, pulas skit je smpai nampak tanda OBD tu.. biarkan dulu sekejap.. bila lampu OBD tu dah padam, baru pulas abis kunci utk start enjin..

motif.. rasanya nk biar clear dulu scan engine tu kot! ntah. hehe..

ummu uswah said...

WAH. THANKS 4 D INFO

Kak Amy said...

salam..

nice sharing thanks dear..

Azlina said...

tq 4 sharing

Anonymous said...

Tq.. For info ini, cous situation its going now, must try

cik ain said...

this thing happend to me just this morninig..mula2 tersenguk2 then terus flat mati dan keluar la sume lampu yang (Check) & bateri...then suddenly dorang cek air kering n refill 2botol dan mycollegues said tak pape...it is okay? sbb still worry sbb didnt check with pomen/workshop.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...