08 May 2011

Pengorbanan seorang wanita




Selamat hari ibu buat semua wanita yang bergelar ibu terutama sekali ma saya.....terima kasih ma kerana mengandung, melahir dan membesarkan saya...jasa ma tak terbalas oleh anakmu ini.....semoga Allah saja yang dapat membalas pengorbanan ma selama ni....

Sebenarnya terlalu banyak pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu....bila dah jadi seorang ibu ni barulah faham susah payah, jerih perih seorang ibu dalam menjaga dan membesarkan anak-anak....ada 3 perkara yang HANYA dapat dilakukan oleh seorang ibu iaitu mengandung, melahir dan menyusukan anak....sungguh besar pengorbanan seorang ibu.....rutin seharian seorang ibu tak pernah habis bermula dari awal pagi sehingga ke tengah malam....pengalaman ni takkan dapat dibeli dengan wang ringgit....

Sekarang tidur aku tidak lagi senyenyak dulu...terpaksa bangun beberapa kali untuk menyusukan adam....kemudian bangun awal-awal pagi untuk bersiap pergi kerja...siapkan diri, siapkan beg nursery adam kalau malam tadi tak sempat siapkan, panaskan bubur adam yang dah dimasak malam tadi, hantar adam ke nursery, dan kemudian melakukan kerja harian di ofis.....

Petang balik kerja ambil adam kat nursery, mandikan adam (kalau belum mandi), masak (kalau masak), cuci botol-botol susu, makan, tidurkan adam sambil tertidur sama.....

Macam ni la rutin harian hidup aku dan mungkin semua ibu di dunia ni...bukan mengeluh, tapi sekadar meluahkan...malah bila difikir balik, inilah nikmatnya jadi seorang ibu....terima kasih juga buat suami  tersayang yang banyak membantu buat kerja rumah....kalau nak harapkan aku sorang, memang tak cukup kuat....aku akui aku lemah....syukur pada Allah kerana memberikan aku seorang suami yang ringan tulang (walaupun kadang-kadang nak kena suruh baru buat).....huhu....

Ibu....
Ibu...engkaulah ratu hatiku.....

Adam bila dengar lagu ni kat tv, mesti dia tengok dan lepas tu dia akan ikut balik panggil "i.....buuu...."....sangat touching....^_^


0 org syg adam:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...