20 July 2011

CIUM ANAK DAPAT PAHALA


 
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya..

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Credit: Blog teh secawan

23 org syg adam:

eB said...

yer ker nih? alhamdulilllah... hari2 eB wat ;p

Unknown said...

wahh,balik karang nak cium izzul puas-puas la.. :)

MARIA LIZA said...

sape yang taknak cium anak...balik keja, pegi keje, sebelum tidur, tengah tidur, sambil main..anytime ler...

ajumohit said...

Hmmm senang nk dpt pahala kan,, balik ni cium anak sorang2

sahromnasrudin said...

alhamdulillah...Allah Maha Besar..setiap perbuatan baik pahala ganjarannya

Unknown said...

aanie..suntikan dexa tu untuk matangkan paru-paru baby..azni kena injek sbb kandungan baru msk 8 bulan..sakit tau!

abah khalisha said...

bukan sahaja cium anak dpt pahala..cium dan peluk isteri/suami hari-hari lagi dpt pahala..jgn peluk orang lain sudahlah.hehehe

Unknown said...

kena cium faiz selalu ni...hehehe

Rosmawani♥ said...

msti byk doh phala kita.. sehari brapa kli duk cium anak..hehehe

Jue said...

alhamdulilah..hari2 jue cium farisyah

Unknown said...

bui pun cium anak2 tiap hari
yahooo..dpt pahala free..*_*

aanie said...

@eB ezrin

alhamdulillah....:)

aanie said...

@*azni*

hehe, cium puas-puas...

aanie said...

@azam

bertambah sayang...

aanie said...

@MARIA LIZA

kan?? setiap masa rasa nak cium...tp anak je selalu lari..xnak kena cium..huhu...

aanie said...

@ajumohit

kan? senang nak pahala...kalau anak ramai, lagi bertambah pahala kan?? hehe, ye ke aku ni..hehe...

aanie said...

@sahromnasrudin

mudah-mudahan..amin..

aanie said...

@*azni*

ye ke?? takutnya...harap xde pape la kan...

aanie said...

@abah khalisha

hehe, peluk org lain dpt dosa lak...

aanie said...

@Ila

hehe, cium puas-puas...

aanie said...

@rizaros

mudah-mudahan la kan...amin...:)

aanie said...

@cik Jue Aka Ibu Farisyah

hehe, cium puas-puas..

aanie said...

@Bui Junaidi

senang kan nak dpt pahala...cium anak hari-hari..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...