18 July 2011

Iktibar Tsunami Acheh

Sabtu lepas aku tak ke mana-mana.....jadinya duk lepak depan tv je la....petang tu tengok cite Iktibar Tsunami Acheh kat astro oasis.....satu cite yang menarik bagi aku....yang banyak memberi pengajaran buat kita semua umat manusia.....walaupun tsunami ni dah lama berlaku, tapi ia tetap segar dalam ingatan kita....


 masjid yang terselamat dari tsunami

Kejadian tsunami kat acheh tu benar-benar menginsafkan kita.....rasa macam dunia ni dah nak kiamat....macam ustaz hasan din cakap la tsunami acheh ni boleh diibaratkan seperti kiamat kecil....itu baru sikit, kalau betul-betul kiamat?? bersediakah kita??? -- terus rasa macam nak nangis.....huhu....

Lepas tu dia ada interview seorang mangsa tsunami...ayat yang menginsafkan aku --- dia kata, mangsa yang meninggal tu ada yang berpakaian lengkap dan ada juga yang berbogel.....orang yang menjaga auratnya, masa tsunami tu Allah turut menjaga auratnya bila dia mati dalam keadaan auratnya tertutup.....tapi orang yang tidak menjaga auratnya, dia mati dalam keadaan bogel.....Subhanalllah....


P/s: Peringatan untuk diri sendiri jugak.....

4 org syg adam:

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

betul kejadian di acheh buat kita betul2 insaf...

ajumohit said...

Sy pon ade tgk siaran ulangan ni, klu tgk mmg menginsafkan... Mjadi iktibar kpd semua

Kakzakie said...

Iktibar sebegini baik jika diulang-siar selalu agar menjadi renungan dan keinsafan bersama...

Bui Junaidi said...

rugi lah bui x tengok..tp ngeri jugak bila di kenangkan..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mama & Abah

Adam Hakeem

Our Baby