KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.
“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.
Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.
Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.
“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

source: metro
P/s: Tuhan bayar cash je sekarang ni....
P/s: Dah kawan dgn playboy, kena terima la akibatnya....
P/s: Walaupun aku tak suka dgn kehidupan peribadi fasha, tapi aku tetap suka lakonan dia...
7 org syg adam:
biar betik????? huhuhuhhh
padan muka fasha..haha(jahat aku..)
statement jejai menyelamatkan sume.
elok la tu. yg 2 ekoq betekak.
yg sorang tunggu je smpi mase.
bagus gak jejai ni.
sahromnasrudin: betik...memang betik...
afni+hafiz=dani: hehe..tu la kan, rampas hak org lagi..tp kesian pun ada gak...
nida: biasa la strategi player...tgk la jap lg nak ngap sape lak...
putus tunang???bile mase bertunang weh??haha..nmpk sgt aku x amik port psl artis ni..hehe
what u give u get back. bukan nak kate karma, tapi ni dah takdir Tuhan kan kak. terime jela ngan redha. tp lakonan fasha mmg bes!
dyla: dah tunang kan??aku pun x sure..hahhaha...tp aritu dia kan ada tunjuk cincin...hehehe..
haa: tu la..moralnya, jgn buat kat org...nanti kena kat kita blk...
Post a Comment