Siapa yang tak kenal dengan Khairul Fahmi Che Mat ni (nama ayah dia sama dgn nama datuk aku le..hehe..nak jugak sama tu)..Sana sini orang bercerita pasal dia dan awek dia pun dah kena tempiasnya...Kalau tak kenal tu mesti tak tengok bola ari tu kot...Tak pun yg tak cuti ari jumaat lepas...hahaha...
Ok la jom ikuti sesi interview antara apex dan SokerLeaks ni...
SokerLeaks: Apa khabar lu sekarang? Masih berada di awang-awangan atau dah stabil?
Khairul Fahmi: Alhamdulillah gua sihat. Sekarang masih dalam mood teruja dan gua tak tahu bila nak habis feel ni. Tapi menang AFF Piala Suzuki hari tu memang paling pure dia punya feel.
SokerLeaks: Ok, soalan intro. Macam mana lu boleh berkenalan dengan cik Jejari Runcing?
Khairul Fahmi: Gewe gua orang KL kalau nak tahu, urban bro. Le ni stadi kat Kelantan dan kami saling mengenali beberapa tahun sudah melalui kawan. Sekarang hubungan gua dengan dia dah masuk 1 tahun 4 bulan 3 minggu. 143 beb! Maksud dia I Love You! Hehehe..
SokerLeaks: Sape mengorat sape?
Khairul Fahmi: Gua yang mengorat dia sebab gua rasa dia punya love kat gua memang true. Masa takde sorang pun orang luar yang kenal gua sebagai pemain bola sepak, dia dah kenal dan minat gua sebagai player bola. Daripada situ cinta gua dengan dia berputik dan berbuah. Ceewaaaah!
SokerLeaks: Eleh, makwe lu ada kat sebelah kemain lagi lu punya jawapan, nak jaga hati letteww! (kata gua sambil jelir lidah :D)
Khairul Fahmi: Eh, tak la. Semua jawapan gua tadi memang true dari lubuk hati gua yang dalam. Gua profesional beb. Jawapan gua pun profesional. Cewaaahh lagi!
SokerLeaks: Perghh..mantap! Suka pergi clubbing?
Khairul Fahmi: Gua jawab pendek je, tak.
SokerLeaks: Kalau pernah, ringan-ringan ke atau berat-berat?
Khairul Fahmi: Mu gilo ko gapo tanyo soale lagu ni? ( Apa gila tanya soalan macam ni?)
SokerLeaks: Mu nok jawak ko tok se? (Lu nak jawab ke tak ni?)
Khairul Fahmi: Ok, kawe jawak. Dok rajeng! (Ok, gua jawab. Tak pernah, tak pernah!)
SokerLeaks: Erm, sape striker kat Malaysia yg paling lu gerun?
Khairul Fahmi: Of course la Mat Yo (merujuk kepada Norshahrul Idlan Talaha).
SokerLeaks: Takkan sorang tu je?
Khairul Fahmi: Lagi sorang Indra, sebab shooting dia mantap.
SokerLeaks: Apa rahsia paha lu putih melepak? Ada pakai bedak sejuk kat paha sebelum tidur?
Khairul Fahmi: Kah kah kah! Paha ni melepak sejak azali, takde rahsia apa-apa. Tak caye, tanyalah bapak gua. Dia tengok paha gua dari kecik dulu lagi. Apa barang main bedak sejuk! Hahaha
SokerLeaks: Lu kenal Hanis Zalikha?
Khairul Fahmi: Kenal, blogger femes tu bro!
SokerLeaks: Dia cantik tak?
Khairul Fahmi: Hehehehe..bodoh punya soalan.
SokerLeaks: Kikiki. Lu tahu tak Nora Danish pernah tweet 'sweetheart XOXO' pasal lu, suka?
Khairul Fahmi: Biasela, mestilah gua suka. Nora Danish kemain top lagi tweet macam tu untuk gua, sape tak suka? Tapi gua profesional. Secara personal memang takde lebih-lebih la..ermmm..dok tahu la..hahaha.
SokerLeaks: Selama ni ada niat atau berangan nak carik awek artis?
Khairul Fahmi: Takde la. Sape la gua ni nak ngorat artis. Tapi kalau artis-artis Hollywood tu ok jugak rasanya. Hahaha. Tapi tu la, memang takde gua berangan nak usha artis.
SokerLeaks: Lu pernah pakai seluar dalam lebih 3 hari?
Khairul Fahmi: Tak pernah. Lebih 2 hari pun tak pernah. Sebab tiap-tiap hari gua tukar spenda 3 kali.
SokerLeaks: Wow! Gila babi betul?
Khairul Fahmi: Hahaha. Iya la, gua kan training bola, so kena la tukar 2-3 kali sehari. Logik la tu bro.
SokerLeaks: Ok cukup. Lu pernah kentot masa game?
Khairul Fahmi: Ada.
SokerLeaks: Huraikan.
Khairul Fahmi: Iya la, time game rasa nerves tu memang tak boleh nak elak. Jadi kadar angin yang nak keluar tu pun mesti bertambah. So, kalau gua rasa nak kentot tu gua kentot je la. Bukan orang tau pon. Hahaha.
SokerLeaks: So game lepas ni kalau gua tengok lu sengih sorang-sorang kat pintu gol masa tak kena serang tu gua dah boleh agak yang mesti lu tengah kentot itu jam. Ok?
Khairul Fahmi: Takdok hal boh! (Takde hal la bro!)
SokerLeaks: Ok, soalan last daripada kami. Apa perancangan peribadi lu?
Khairul Fahmi: Plan nak tunang dengan cik jejari Runcing tapi kena tengok jadual kerja. Iya la, dia pun lagi setahun setengah nak habis belajar. Gua malas nak kacau stadi dia. Gua tunggu dia habis stadi dulu.
SokerLeaks: Jap, kemain setia dan yakin sekali gua tengok statement lu tu.
Khairul Fahmi: Bro, gadis ni la yang follow gua dari bawah. Masa gua main Piala Presiden dulu dia dah kenal gua. Masa gua tak tahu gua nak naik macam sekarang lagi dia dah sapot gua, apa nak lagi?
Ok dah..tu je..aku cedok skit2 je...amik part yg best2 je...nak baca lagi g tengok kat blog SokerLeaks.....
Elia @ jejari runcing kata: Masa interview ni dijalankan mmg sy ada kat sebelah KF tapi sy tak berapa dengar apa yg dibualkan. setelah diamati oleh KFCM sendiri, dia kata memang majoriti betul tapi ada juga yg Sokerleaks tokok tambah. tak 100% sebijik mcm yg dinyatakan. dia sedikit kesal disitu.
2 org syg adam:
beliau nk tmbh perisa kot kasi lbh best..hehe..sempoi jer fahmi ni kan..
dyla: a'ah, sempoi je...best..ye la, kena la letak gula garam, aji no moto skit...tak pun maggi cukup rasa..hehe:)
Post a Comment